health

Tumbesaran Optimum membantu perkembangan minda dan fizikal kanak-kanak

By Alpro Pharmacy

March 29, 2023

Walaupun kanak-kanak masih kecil, anda boleh membantu tumbesaran kanak-kanak dari segi mental dan fizikal. Sebagai contoh, anda boleh menggalakkan kanak-kanak turut serta dalam melakukan senaman dan membaca dimana ia boleh membantu perkembangan fizikal dan minda kanak-kanak.

Perkembangan Fizikal

Kanak-kanak yang sedang membesar penuh dengan potensi. Sebagai ibu bapa kita seharusnya menggilap setiap potensi anak-anak pada peringkat ini. Oleh itu, ia amat penting dalam menyediakan asas yang kukuh dalam membina kanak-kanak dan mengekalkan kanak-kanak dalam keadaan sihat. Apa yang perlu anda lakukan? Anda perlu memperkenalkan pemakanan yang sihat, di samping menggalakkan tabiat makan yang sihat dan juga senaman.

Kanak-kanak juga seperti orang dewasa di mana mereka juga memerlukan senanam yang kerap untuk tubuh yang sihat. Kebanyakan kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya 1 jam sehari untuk bersenam. Bersenam dapat membantu mereka dalam:

  • Mengurangkan tekanan
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Mengekalkan berat badan yang sihat
  • Mendapatkan tubuh, tulang dan sendi yang sihat
  • Membantu mereka untuk tidur lebih nyenyak

Sebagai saranan, anda boleh membawa kanak-kanak ke taman atau ke kolam renang. Anda juga boleh mendedahkan mereka dengan aktiviti fizikal yang mereka gemari.

Perkembangan Minda

Pada usia ini, kanak-kanak mempunyai sikap ingin tahu dan akan meneroka dunia ini. Mereka akan lebih suka berlari, memanjat, melompat dan sebagainya. Sebagai ibu bapa, anda seharusnya menggalakkan mereka agar terus meneroka dan mempelajari mengenai dunia dan perkara baru.

Di sini, terdapat beberapa langkah untuk menggalakkan perkembangan kanak-kanak:

  • Melakukan aktiviti membaca buku bersama
  • Menggalakkan mereka main bersama dengan kanak-kanak lain supaya mereka tahu erti berkongsi
  • Menggunakan bahasa yang betul dalam berkomunikasi dengan kanak-kanak agar mereka dapat kuasai bahasa dengan baik
  • Memuji kanak-kanak jika mereka dapat melakukan sesuatu atau bersikap baik

Kepentingan nutrisi yang baik untuk perkembangan kanak-kanak

Makanan yang seimbang dan sihat adalah salah satu punca yang membantu tumbesaran kanak-kanak. Mereka memerlukan nutrisi-nutrisi penting dalam mencapai tumbesaran yang optimum. Anda boleh menggalakkan kanak-kanak mengambil makanan seimbang dengan memberi makanan yang mengandungi DHA, vitamin B12, zat besi, protein, kalsium dan vitamin D.

Untuk memberikan kanak-kanak makanan yang kaya dengan  nutrisi yang diperlukan, anda boleh memberikan susu yang diperkaya dengan nutrisi-nutrisi penting. Nutrisi yang betul dapat membantu menyokong perkembangan otak dan fizikal kanak-kanak.

Memperkenalkan Morinaga Chil-kid

Morinaga Chil-kid merupakan formulasi Jepun yang membekalkan nutrien penting dengan nisbah yang diperlukan oleh kanak-kanak, mengikut standard perkembangan antarabangsa bagi susu formula kanak-kanak dan kajian saintifik terkini.

Susu formula ini mengandungi lebih daripada 45 nutrien seperti ARA+DHA, GOS, 5 Nukleotida, Omega 3 & 6 LCPs dan 27 nutrien utama untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak Asia.

Morinaga Chil-kid dihasilkan dan dibungkus di Belanda. Dari ladang tenusu, pengangkutan sehingga proses akhir produk, kandungan nutrisi, kebersihan dan kualiti susu formula adalah keutamaan kami. Susu formula ini juga menjalani proses kawalan kualiti yang ketat di Belanda dan menghantar sampel ke Morinaga Jepun untuk pemeriksaan kali kedua sebelum produk dikeluarkan ke pasaran.

Dapatkan PEK PERCUBAAN Di Sini

Anda kini boleh dapatkan pek percubaan Morinaga Chil-kid 600g berharga RM20, klik sini untuk memohon sekarang.

Generate Cart URL
Whatsapp