Probiotik digelar bakteria ‘baik’ kerana ia memberi faedah kesihatan yang positif apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi. Probiotik memainkan pelbagai peranan dalam badan kita seperti:
membantu penghadaman
meningkatkan metabolisme badan
menghasilkan vitamin B
menyingkirkan toksin
meningkatkan imuniti
membantu mengekalkan kesihatan usus
Badan kita mempunyai 10 kali lebih banyak mikroorganisma daripada sel-sel manusia!
Lebih daripada 70% mikroorganisma ini terdapat dalam usus kita untuk membantu dalam sistem imun kita. Probiotik juga terdapat di kulit dan bahagian intim. Terdapat banyak jenis strain probiotik dan membantu dalam keadaan yang berbeza.
Secara umumnya, probiotik mempunyai 2 fungsi utama:
Penghadaman dan kesihatan usus
Imuniti badan
Fungsi Utama Probiotk 1: Penghadaman dan Kesihatan Usus
Strain Probiotik
Lactobacillus rhamnosus
Bifidobacterium longum
Bifidobacterium animalis
Lactobacillus acidophilus
Lactobacillus casei
Tindakan
Memulihkan keseimbangan sistem bakteria usus
Menambahbalik bakteria baik yang telah dibunuh lepas rawatan antibiotik
Meningkatkan frekuensi najis dan konsistensi (untuk masalah sembelit)
Fungsi Utama Probiotk 2: Imuniti Badan
Strain Probiotik
Lactobacillus helveticus
Lactobacillus fermentum
Streptococcus thermophilus
Lactobacillus paracasei
Lactobacillus plantarum
Tindakan
Melepaskan bahan antibakteria untuk membunuh bakteria buruk
Menghasilkan “key signal”untuk aktifkan sistem imun menjadi lebih kuat
Menghalang lampiran bakteria berbahaya dalam usus
Kenapa saya perlukan probiotik?
Jenis bakteria yang tinggal dalam usus dan integriti perut usus sangat mempengaruhi kesihatan seseorang1. Gaya hidup dan diet yang tidak sihat boleh menjejaskan keseimbangan mikrobiota usus dan seterusnya kesihatan anda, terutamanya jika anda:
Banyak makan “fast food” dan “processed food” (sosej, burger, MCD, KFC)
Kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan (serat rendah)
Diet yang tinggi lemak (kari, makanan goreng, kek,krim)
Diet yang sangat tinggi protein dari sumber haiwan terutamanya daging merah
Kurang atau tiada bersenam langsung
Gejala-gejala yang menunjukkan anda perlukan probiotik
Masalah kulit (eczema, psoriasis, pimples)
Selalu berasa kembung, senak
Sembelit, kekerasan najis, cirit-birit
Jangkitan saluran kencing dan bahagian intim
Senang jatuh sakit
Kriteria-kriteria penting dalam memilih probiotik
Tahan apabila terdedah dengan asid dan hempedu
Mampu menduplikasi dan berkembang di usus
Stabil dan kekal “hidup” sepanjang tempoh penyimpanan
Komen daripada Pakar Pemakanan
Memilih formula yang mengandungi probiotik dan prebiotik adalah lebih baik. Prebiotik merupakan makanan untuk probiotik, apabila makan bersama, prebiotik membantu perkembangan probiotik dalam usus. Probiotik diibaratkan sebagai bibit tanaman, maka prebiotik merupakan tanah yang gembur agar bibit dapat tumbuh subur.