Alpro Pharmacy Kini Di KidZania Kuala Lumpur, Si Cilik Boleh Berangan Jadi Ahli Farmasi Secara β€˜Real’

Yang lebih menarik, cawangan Alpro Pharmacy di KidZania Kuala Lumpur memberi peluang kepada si kecil mencipta gel penenang di bawah bimbingan profesional.

Kanak-kanak memang tidak lari dengan dunia imaginasi dan sifat ingin tahu yang tinggi.

Ia satu-satunya farmasi yang dibuka dalam bandar interaktif kanak-kanak serta tergolong dalam komuniti yang menawarkan lebih 70 simulasi pekerjaan. β€œAdalah penting untuk memperkenalkan kanak-kanak lebih awal kepada peranan penting ahli farmasi dalam kehidupan mereka, terutamanya dalam memastikan keselamatan ubat-ubatan.

Malah, mereka boleh membawa pulang gel yang dihasilkan oleh mereka sendiri yang direka khas bagi menenangkan ekzema serta melegakan kesan lecur yang kecil.