Featured image for Cara Memilih Probiotik Terbaik Untuk Sekeluarga

Cara Memilih Probiotik Terbaik Untuk Sekeluarga

Cara memilih probiotik terbaik untuk sekeluarga.

Segala yang anda perlu tahu tentang probiotik!

Probiotik digelar bakteria ‘baik’ kerana ia memberi faedah kesihatan yang positif apabila diambil dalam jumlah yang mencukupi. Probiotik memainkan pelbagai peranan dalam badan kita seperti:

  • membantu penghadaman
  • meningkatkan metabolisme badan
  • menghasilkan vitamin B
  • menyingkirkan toksin
  • meningkatkan imuniti
  • membantu mengekalkan kesihatan usus

Kabaikan probiotik

Badan kita mempunyai 10 kali lebih banyak mikroorganisma daripada sel-sel manusia!

Lebih daripada 70% mikroorganisma ini terdapat dalam usus kita untuk membantu dalam sistem imun kita. Probiotik juga terdapat di kulit dan bahagian intim. Terdapat banyak jenis strain probiotik dan membantu dalam keadaan yang berbeza. 

Secara umumnya, probiotik mempunyai 2 fungsi utama:

  1. Penghadaman dan kesihatan usus
  2. Imuniti badan

Fungsi Utama Probiotk 1: Penghadaman dan Kesihatan Usus

Strain Probiotik

  1. Lactobacillus rhamnosus
  2. Bifidobacterium longum
  3. Bifidobacterium animalis
  4. Lactobacillus acidophilus
  5. Lactobacillus casei

Tindakan

  • Memulihkan keseimbangan sistem bakteria usus
  • Menambahbalik bakteria baik yang telah dibunuh lepas rawatan antibiotik
  • Meningkatkan frekuensi najis dan konsistensi (untuk masalah sembelit)

Fungsi Utama Probiotk 2: Imuniti Badan

Strain Probiotik

  1. Lactobacillus helveticus
  2. Lactobacillus fermentum
  3. Streptococcus thermophilus
  4. Lactobacillus paracasei
  5. Lactobacillus plantarum

Tindakan

  • Melepaskan bahan antibakteria untuk membunuh bakteria buruk
  • Menghasilkan “key signal” untuk aktifkan sistem imun menjadi lebih kuat
  • Menghalang lampiran bakteria berbahaya dalam usus

Kenapa saya perlukan probiotik?

Jenis bakteria yang tinggal dalam usus dan integriti perut usus sangat mempengaruhi kesihatan seseorang1. Gaya hidup dan diet yang tidak sihat boleh menjejaskan keseimbangan mikrobiota usus dan seterusnya kesihatan anda, terutamanya jika anda:

  • Banyak makan “fast food” dan “processed food” (sosej, burger, MCD, KFC)
  • Kurang makan sayur-sayuran dan buah-buahan (serat rendah)
  • Diet yang tinggi lemak (kari, makanan goreng, kek,krim)
  • Diet yang sangat tinggi protein dari sumber haiwan terutamanya daging merah
  • Kurang atau tiada bersenam langsung

Gejala-gejala yang menunjukkan anda perlukan probiotik

  • Masalah kulit (eczema, psoriasis, pimples)
  • Selalu berasa kembung, senak
  • Sembelit, kekerasan najis, cirit-birit
  • Jangkitan saluran kencing dan bahagian intim
  • Senang jatuh sakit

Anda perlukan probiotik.

Kriteria-kriteria penting dalam memilih probiotik

  1. Tahan apabila terdedah dengan asid dan hempedu
  2. Mampu menduplikasi dan berkembang di usus
  3. Stabil dan kekal “hidup” sepanjang tempoh penyimpanan

Kriteria-kriteria penting dalam memilih probiotik.

Komen daripada Pakar Pemakanan

Memilih formula yang mengandungi probiotik dan prebiotik adalah lebih baik. Prebiotik merupakan makanan untuk probiotik, apabila makan bersama, prebiotik membantu perkembangan probiotik dalam usus. Probiotik diibaratkan sebagai bibit tanaman, maka prebiotik merupakan tanah yang gembur agar bibit dapat tumbuh subur.

Untuk maklumat lanjut dan promosi, sila layari facebook Alpro One Click.

  • Promugen Kid 2g 30s/box 15% OFF Sold: 220

    Promugen Kid 2g 30s/box

    RM109.00 RM93.00 Rated 4.80 out of 5Add to Cart
  • GKB Cordycep Sinensis 350mg 60s 30% OFF Sold: 75

    GKB G-Pro 450mg 60s

    RM129.00 RM89.90 Rated 5.00 out of 5Add to Cart
  • GKB Z-well 350mg 60s 24% OFF Sold: 150

    GKB Probio+ 30s

    RM79.00 RM59.90 Rated 4.61 out of 5Add to Cart
  • GKB Cordycep Sinensis 350mg 60s 27% OFF Sold: 43

    GKB Kids Probiotic+vitamin C 30s

    RM109.00 RM79.90 Rated 5.00 out of 5Add to Cart