Get Our Latest Updates
Alpro Group Head Office & Distribution Centre
Unit V1-A, Lot 45880, Jalan Techvalley 3/2, Sendayan Techvalley, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Merancang keluarga bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak, berapa lama jarak kehamilan dan berapakah bilangan anak yang diingini oleh pasangan yang sudah berkahwin. Menurut pakar, salah satu cara family planning yang baik adalah antara umur 20-35 tahun.
Hal ini kerana, berdasarkan kajian juga apabila wanita berusia 35 tahun ke atas, kadar kesuburan untuk hamil menjadi makin rendah dan menyukarkan proses merancang keluarga.
Khususnya bagi golongan muda, masih ramai antara mereka yang tidak peka dengan apa itu kehamilan tidak dirancang hasil dari cetek ilmu dalam hal family planning.
Kehamilan tidak dirancang adalah salah satu daripada 5 kebimbangan teratas dalam kalangan wanita di Malaysia, bagaimanapun, satu perempat daripada 1,300 responden wanita tidak menggunakan sebarang kontraseptif (teknik yang betul untuk mengelakkan kehamilan) dan hampir 50% bergantung kepada perancangan keluarga semula jadi atau kaedah tarik diri (pulled out method).
‘Pull out method’ yang turut digunakan dari segi agama Islam yang dipanggil Azal, bermaksud mengeluarkan air mani suami di luar rahim isteri atau kemaluan isteri sebagai langkah untuk merancang keluarga.
Berdasarkan perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik, Pakar Sakit Puan & Perubatan Reproduktif ketika sesi perlancaran Telekonsultasi Kawalan Kelahiran Alpro, kehamilan yang tidak dirancang boleh menyebabkan tekanan emosi, mental dan fizikal kepada wanita.
Memandangkan ramai yang masih belum pulih dari segi kewangan akibat daripada wabak yang berpanjangan, ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi, maka kelahiran bayi memerlukan perancangan yang teliti.
Bukan itu sahaja, menurut World Health Organization, jurang yang terbaik untuk hamil adalah 2-5 tahun antara usia anak. Ini bagi memastikan kesihatan badan ibu serta anak yang dilahirkan terjaga.
Mungkin ramai dalam kalangan kita yang berpendapat bahawa cara terbaik untuk mengawal kehamilan adalah hanya menggunakan kondom. Hal ini kerana kondom mudah didapati tidak kira di mana anda berada dan dijual di hampir keseluruhan kedai.
Teknik yang dikenali sebagai ‘Pull Out Method’ juga boleh digunakan dan ada beberapa kaedah lain bagi mengawal kehamilan ini antaranya:
1. Cara semulajadi
– Kenalpasti masa subur
– Suhu badan asas
– Kaedah kenalpasti cairan dan lendiran faraj
– Kaedah tanpa haid tempoh penyusuan
2. Kaedah halangan
– Kondom
– Topi servik
– Diafram penyusuan
3. Hormon
– Pil
– Implan
– Suntikan
4. Alat dalam rahim
– Intrauterine contraceptive device atau dipanggil sebagai (IUCD)
5.Kaedah kekal
– Ikatan tiub fallopian/peranakan
– Pembedahan mengikat saluran mani lelaki
1. Memperkasakan wanita
Wanita yang boleh mengawal bilangan dan jarak umur anak-anak mereka boleh memanfaatkan peluang pendidikan dan ekonomi yang lebih baik, memperbaiki masa depan mereka sendiri dan keluarga mereka.
2. Mengurangkan bilangan pengguguran secara keseluruhan
Terutamanya pengguguran yang tidak selamat – Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, sekitar 45% daripada semua pengguguran adalah tidak selamat, di mana 97% berlaku di negara membangun. Pengguguran yang tidak selamat akan menyebabkan kematian dan kecederaan kepada ibu.
3. Meningkatkan kesihatan ibu dan kelangsungan hidup anak
Membantu wanita mengelak daripada hamil terlalu awal, terlalu lewat atau terlalu kerap dapat memberi manfaat kepada ibu itu sendiri dan anak-anaknya.
Hasil tinjauan juga mendedahkan bahawa lebih 20% daripada responden berkemungkinan menggunakan Pil Kecemasan (Pil Selepas Pagi) sebagai kontraseptif, yang dimana tujuan asal penggunaannya hanya untuk kontraseptif sandaran dan tidak digunakan sebagai kaedah utama kawalan kelahiran.
Ia tidak disyorkan sebagai kaedah kawalan kelahiran yang berterusan kerana tidak berkesan untuk mencegah kehamilan seperti kaedah kontraseptif oral dan penggunaan pil kecemasan yang kerap boleh menyebabkan haid tidak teratur.
Majoriti responden kaji selidik berkata mereka melakukan carian sendiri untuk maklumat dalam talian dan biasanya hanya bercakap dengan profesional penjagaan kesihatan jika perlu mendapatkan nasihat.
Walau bagaimanapun, wanita perlu sedar tentang maklumat yang salah dalam internet dan lebih baik berjumpa terus dengan doktor.
*Pastikan anda dapat konsultasi dari pakar dan farmasi yang betul seperti apa yang dijalankan oleh Farmasi Alpro dan Bayer.
Sumber: WHO, MyHealth
RELATED ITEMS:BIRTH CONTROL, CARA UNTUK CEGAH KEHAMILAN, FAMILY PLANNING
Read Original Article: Sirap Limau
Contact Alpro Birth Control Teleconsult at 019-6129006 or Click Here:
Get Our Latest Updates
Alpro Group Head Office & Distribution Centre
Unit V1-A, Lot 45880, Jalan Techvalley 3/2, Sendayan Techvalley, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Alpro Alliance Sdn. Bhd. (1015456-V)