Peningkatan Trend Masalah Pendengaran Di Tempat Kerja – Alpro Audiologi Melancarkan Pusat Pendengaran Bergerak

By Alpro Pharmacy

September 21, 2023

Secara umumnya, tidak ramai individu ataupun para pekerja yang sedar akan kepentingan mendapatkan ruang kerja yang selesa dan kondusif adalah penting untuk kesihatan diri terutama mental dan fizikal. Ini kerana, pendedahan kepada ruang kerja yang negatif boleh mengakibatkan berlakunya masalah kesihatan yang buruk kepada tubuh.

Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini, dalam kalangan pekerja, trend masalah pendengaran akibat pekerjaan telah meningkat secara ketara. Menurut Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), ia mencatatkan kira-kira 5,101 kes pendengaran telah berlaku dalam kalangan pekerja pada tempoh sekitar Januari hingga Jun 2023. Ia merupakan satu jumlah yang besar dan perlu dicegah dan ditingkatkan kesedaran dalam kalangan pekerja.

Pada masa ini, DOSH telah menguatkuasakan garis panduan yang mewajibkan majikan untuk menubukan Program Konservasi Pendengaran di bawah Seksyen 37 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

Akta ini menjelaskan akan bahaya yang wujud apabila pendedahan kepada bunyi bising melebihi 82 desibel dalam jangka masa 8 jam bekerja, yang setara dengan tahap bunyi kereta api bawah tanah, bunyi persekitaran lalu lintas, penggunaan alat stereo peribadi dengan kekuatan maksima, ataupun bunyi kilang.

Oleh itu, Alpro Audiologi bersama-sama dengan MiCare komited dalam membantu mencegah masalah pendengaran di tempat kerja menerusi anjuran Forum Kesedaran Bunyi Bising Di Tempat Kerja. Di dalam forum ini, para penel dan juga pakar audiologi dari Alpro telah berkongsi dan berbincang tentang langkah pencegahan yang perlu dipraktikkan oleh individu dan majikan.

Selain itu, panel turut mencadangkan rawatan yang perlu didapatkan apabila telah mengenalpasti individu yang mempunyai gejala atau simptom hilang pendengaran.

Panduan Mengurangkan Risiko Masalah Pendengaran Di Tempat Kerja

Perkara utama yang perlu difahami oleh para majikan untuk mengurangkan masalah pendengaran dalam kalangan pekerja adalah dengan melakukan kawalan kadar kebisingan yang berlaku sepanjang tempoh bekerja.

Berdasarkan perkongsian panel, sebagai contoh, sekiranya bunyi bising yang berlaku adalah sekitar 85 hingga 90 desibel, kurangkan waktu pendedahan kepada bunyi tersebut dari 8 jam kepada 4 jam. Sementara sekiranya bunyi bising sekitar 91 hingga 110 desibel pula, waktu pendedahan perlu diturunkan kepada kurang dari 2 jam.

Manakala untuk bunyi bising lebih dari 115 desibel, elakkan daripada menghimpunkan pekerja pada waktu berkenaan.

Alpro Audiologi Melancarkan Pusat Pendengaran Bergerak

Bersama-sama dalam meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan pendengaran dalam kalangan individu, pekerja dan majikan, Alpro Audiologi juga melancarkan Pusat Pendengaran Bergerak Alpro yang pertama, menampilkan dua bilik penilaian audiometrik yang sepenuhnya dilengkapi dalam sebuah trak bergerak.

Trak bergerak ini telah mendapat pengiktirafan oleh DOSH. Ia menawarkan penilaian pendengaran yang mudah dilakukan di mana-mana untuk mengesan awal masalah pendengaran yang mungkin terjadi disebabkan bunyi bising di tempat kerja.

Menurut Alpro Audiologi, inisiatif audiologi mereka turut dilaksanakan berdasarkan prinsip 3A iaitu (Affordability) kemampuan, (accessibility) aksesibiliti, dan (accountability) akauntabiliti. Prinsip ini adalah bagi mendapatkan lebih ramai orang yang tahu tentang kepentingan penjagaan telinga dan pendengaran.

Read original article: Tajria

Generate Cart URL
Whatsapp