Get Our Latest Updates
Alpro Group Head Office & Distribution Centre
Unit V1-A, Lot 45880, Jalan Techvalley 3/2, Sendayan Techvalley, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Tidak dinafikan ramai yang obses untuk kurus, namun kebanyakannya memilih untuk mendapatkan berat ideal dengan cara yang pantas tanpa sedar ia memberi kesan yang buruk kepada kesihatan pada masa hadapan.
Ditambah dengan pengaruh media sosial yang sangat kuat, ramai yang enggan berfikir panjang.
Baru-baru ini, tular di satu aplikasi media sosial mengenai trend penggunaan ubat kencing manis, iaitu Ozempic yang bertujuan untuk menurunkan berat badan dan sudah mencecah lebih sejuta tontonan.
Terpanggil untuk memberi kesedaran, Ketua Pegawai Farmasi dan Pengarah Pembabitan Alpro Pharmacy, Lim En Ni, berkata terdapat risiko dan kesan sampingan penyalahgunaan ubat itu yang pada asalnya digunakan untuk merawat pesakit kencing manis Tahap 2.
Katanya, Semaglutide iaitu sejenis ubat yang dijual dengan nama jenama lain adalah sejenis ubat antidiabetes yang digunakan untuk rawatan diabetes Tahap 2.
“Di Amerika Syarikat, ia digunakan sebagai ubat antiobesiti untuk pengurusan berat badan jangka panjang, namun ubat berkenaan bukanlah penyelesaian kerana ia adalah ubat preskripsi untuk pesakit kencing manis Tahap 2 yang memerlukan pesakit untuk mendapatkan semakan perubatan yang lengkap.
“Pengambilan dos ubat itu atau ubat preskripsi lain yang sama secara berlebihan boleh menyebabkan berlakunya hipoglisemia (kandungan gula dalam darah yang rendah) yang akan membawa kepada lebih banyak masalah kesihatan,” katanya.
Kesan sampingan ubat diabetes yang biasa berlaku adalah simptom gastrousus termasuk rasa mual, muntah, cirit birit, sakit perut dan sembelit.
“Kesan sampingan lain yang mungkin berlaku termasuk pankreatitis, perubahan dalam penglihatan, kandungan gula dalam darah yang rendah, kegagalan fungsi buah pinggang dan masalah hempedu.
“Ubat ini juga digunakan oleh pesakit yang pernah menghidap kanser kelenjar tiroid atau sesetengah gangguan endokrin,” katanya.
Jelasnya, ada cara utama untuk menurunkan berat badan adalah melalui cara hidup dan pengubahsuaian diet.
“Ramai menyedari diet adalah kunci utama dalam pengawalan berat badan, tetapi tidak berjaya kerana memulakan gaya hidup dan diet tanpa perancangan yang betul serta tidak mendapatkan konsultasi dari pakar pemakanan dan ahli dietetik.
“Dengan konsultasi yang betul dari pakar pemakanan dan ahli dietetik, kadar penurunan berat badan akan menjadi lebih tinggi.
“Sekiranya terdapat pesakit yang memerlukan ubat itu ia hanya boleh digunakan selepas mendapat preskripsi doktor berlesen.
“Justeru, orang awam diingatkan untuk tidak membeli ubat ini secara dalam talian terutama melalui sumber yang tidak diiktiraf kerana ia boleh membahayakan kesihatan pengguna.
“Tambahan lagi, ia akan memberi kesan kepada pesakit kencing manis akibat kehabisan stok,” katanya.
Ubat berkenaan perlu dikendalikan dengan berhati-hati di bawah kawalan suhu sejuk yang tepat dan jika tidak diletakkan di bawah suhu yang sejuk, keberkesanan ubat itu akan terjejas dan berkemungkinan menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini.
Baca Berita Harian
Get Our Latest Updates
Alpro Group Head Office & Distribution Centre
Unit V1-A, Lot 45880, Jalan Techvalley 3/2, Sendayan Techvalley, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Alpro Alliance Sdn. Bhd. (1015456-V)