Lebih mudah kesan jangkitan Covid-19, guna air liur saja

By Alpro Pharmacy

July 23, 2021

Peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang semakin mencanak pada ketika ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak.

Oleh itu, keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melancarkan kit ujian air liur untuk saringan kendiri dilihat sebagai langkah tepat pada masa untuk mengawal kadar jangkitan dalam komuniti.

Perkara itu turut diakui oleh farmasi komuniti terbesar di Malaysia, Farmasi Alpro yang optimis penjualan kit ujian air liur GMATE dapat mengendalikan proses saringan dengan lebih mudah di mana-mana sahaja.

Ketua Komunitinya, Lim En Ni berkata, walaupun ujian Reverse Transcriptase-​Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) masih merupakan yang paling tepat atau ‘gold standard’, namun kit saringan kendiri ini tidak kurang hebatnya.

“Penggunaan kit antigen ini mempunyai tahap sensitiviti setinggi 90.9 peratus dan kespesifikan setinggi 100 peratus terhadap virus Covid-19.

“Antara kebaikan utama kit ujian air liur adalah saringan boleh dikendalikan di mana jua secara mudah. Ini membolehkan kita untuk mengenalpasti and mengawal risiko jangkitan Covid-19 dengan kadar yang lebih efektif,” katanya.

 

Sebelum ini, KKM meluluskan beberapa kit ujian kendiri Covid-19 hasil buatan Malaysia bagi membendung penularan wabak berkenaan.

Konsep ujian air liur GMate sama seperti kit uhian kehamilan.

Sekiranya terdapat dua garisan setelah diuji bermakna terdapat jangkitan virus dan pengguna harus menghubungi KKM dengan segera.

“Selain itu, sekiranya mempunyai kontak rapat dan terdapat simptom-simptom seperti sesak pernafasan, demam tinggi yang tidak surut ataupun saturasi oksigen yang rendah, harus melaporkan insiden ini kepada Pusat Penilaian COVID- 19 (CAC) dengan segera melalui aplikasi MySejahtera,” tambah Lim.

Selain itu, kit berkenaan juga perlu dilupuskan dengan betul menggunakan beg plastik yang disediakan dan dibuang dengan segera bagi mengurangkan risiko pencemaran virus.

Sementara itu, pembeli turut diingatkan agar melakukan pembelian dengan berhati-hati memandangkan terdapat pelbagai risiko pembelian kit yang palsu.

“Ada juga sesetengah kit yang mempunyai kadar sensitiviti yang rendah dan tidak memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pastikan sebagai pengguna, anda hanya membeli dari penjual yang diiktiraf oleh KKM,” tegasnya

Generate Cart URL
Whatsapp