Jom Cuba Murtabak Ayam, Juadah Tradisi Yang Ditambah-Baik Nilai Nutrisinya
By Alpro Pharmacy
April 21, 2022
SHARE:
Murtabak merupakan juadah tradisi istimewa di sepanjang bulan Ramadan.
Namun, tahukah anda bahawa Murtabak sebenarnya datang dalam pelbagai bentuk dan inti, seperti daging cincang atau isi ayam selain pilihan lain berintikan keju dan mi yang lebih moden. Penawaran ini selari dengan citarasa tempatan yang gemar mendapatkan sesuatu yang berlainan untuk satu-satu masa.
Tetapi, untuk kebanyakan Murtabak di pasaran, ia hadir dengan kandungan kolesterol dan lemak yang tinggi. Jadinya, jika dikonsum terlalu kerap, ia cenderung untuk memberikan kesan buruk kepada kesihatan individu.
Oleh itu, Alpro Pharmacy iaitu rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia kini telah bekerjasama dengan Pakar Diet Alpro, Nor Anieza Binti Abas, untuk mencuba resipi versi murtabak sayur yang mudah dan boleh disediakan di rumah.
Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan:
Bahan-bahan yang diperlukan: 250g isi ayam (dicincang) 50g bunga kobis (dipotong kecil) 30g lada benggala (dipotong dadu) 25g lobak merah (dipotong dadu) 30g kobis (dipotong halus) 3 batang daun sup 2 biji telur saiz B 1 biji bawang besar (dipotong dadu) 1 ulas bawang putih (dihiris) 1 biji cili merah (pilihan 1 sudu kecil garam 1⁄2 kiub ayam 1 sudu kecil gula 2 sudu makan rempah kari ayam yang telah siap dibancuh 2 sudu makan minyak masa 6 keping kulit popia
Cara-cara memasak: Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan rempah dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan ayam, bunga kobis dan lobak merah. Tambahkan sedikit air. Renehkan hidangan sehingga ayam masak dan sayur empuk. Letakkan kiub ayam, garam dan gula. Kacau sehingga sedikit kering. Masukkan kobis, lada benggala dan cili. Kacau sehingga rata. Sebelum diangkat, masukkan daun sup dan gaul sebati. Pecahkan telur di dalam mangkuk kecil asing dan pukul sedikit. Angkat bahan yang dimasak tadi ke dalam mangkuk besar. Masukkan telur yang dipukul ke dalam dan gaul rata. Bentangkan kulit popiah di atas talam. Sudukan (3 sudu) inti tadi ke atas kulit popiah. Lipat kulit popia dengan cara melipat atas, bawah, kiri dan kanan. Untuk memanggang murtabak seeloknya, gunakan kuali yang rata. Letakkan 1 sudu makan minyak secukupnya supaya murtabak tidak melekat pada kuali.
Anda juga disarankan untuk memanaskan kuali dan minyak dengan api perlahan. Letakkan murtabak dan tekan sedikit murtabak untuk rasa yang lebih rangup. Kemudian terbalikkan murtabak untuk masak sisi yang lain.
Resepi kuah bawang
Untuk menyediakannya, anda boleh campurkan semua bahan dan gaul rata. Setelah itu, hidangkan kuah bawang bersama murtabak.
Mudah bukan? Anda boleh cuba hari ini dan jangan lupa untuk layari laman rasmi Farmasi Alpro untuk ketahui sebarang maklumat terkini mengenai mereka.