FWD Takaful Mempertingkatkan Pelan Untuk Menangani Jurang Perlindungan Bagi Segmen Yang Kurang Mendapat Kemudahan Di Malaysia

By Alpro Pharmacy

March 20, 2023

  • Memperluaskan manfaat FWD SpecialMed kepada individu yang mengalami sindrom down dan manfaat FWD CI First kepada individu yang didiagnosis dengan diabetes Jenis 2*
  • Bekerjasama dengan Alpro Pharmacy untuk menyediakan program pengurusan diabetes percuma

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) — FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) hari ini mengumumkan perlindungan yang dipertingkatkan untuk pelan FWD SpecialMed dan FWD CI First. FWD Takaful menyasar untuk menyediakan akses kepada perlindungan dan memperluaskan jaringan keselamatan kewangan kepada segmen yang kurang mendapat kemudahan di Malaysia.
 
Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful, berkata, “FWD Takaful percaya bahawa setiap orang berhak mendapat perlindungan yang mereka perlukan. Kami berbesar hati dapat menyumbang dan mempertingkatkan perlindungan dua pelan kami yang bertujuan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia dari segi kewangan semasa kecemasan perubatan. Kami juga merancang untuk meluaskan skop perlindungan untuk merangkumi hilang upaya dan penyakit sedia ada yang lain pada masa hadapan. Di FWD Takaful, kami sentiasa berusaha untuk mengambil tahu keperluan komuniti kami dan menawarkan perlindungan yang paling sesuai, dan mengubah pandangan orang ramai tentang takaful.”
 
Mendapatkan perlindungan bagi individu yang mengalami masalah pembelajaran, termasuk sindrom down amat mencabar, kerana pengecualian yang biasanya terdapat dalam pelan insurans atau takaful. Untuk menangani isu ini, FWD Takaful kini telah memperluaskan manfaat FWD SpecialMed untuk merangkumi individu yang mengalami sindrom down. FWD SpecialMed ialah pelan perubatan dalam talian yang direka untuk mengutamakan keperluan individu dengan masalah pembelajaran tahap ringan hingga sederhana dan untuk membantu menyelesaikan cabaran utama yang mereka hadapi semasa mendapatkan rawatan perubatan. FWD SpecialMed menawarkan diskaun 20% untuk pelanggan yang melindungi individu dengan masalah pembelajaran termasuk juga sindrom down*.
 
Begitu juga bagi pengidap diabetes yang sering menghadapi kesukaran mendapatkan perlindungan atau menanggung kos rawatan di masa hadapan. FWD CI First kini ditawarkan kepada individu yang didiagnosis dengan diabetes Jenis 2*. FWD CI First ialah pelan yang menawarkan perlindungan sekiranya berlaku penyakit kritikal dan penyakit kritikal yang tidak boleh dirawat.
 
Untuk melengkapkan tawaran ini, FWD Takaful telah bekerjasama dengan Alpro Pharmacy untuk menyediakan program pengurusan diabetes* secara percuma untuk membantu pelanggan diabetes Jenis 2* yang telah menyertai FWD CI First dalam memantau, mengawal dan menambah baik tahap glukosa mereka. Pelanggan boleh membayar sumbangan yang lebih rendah untuk 3 tahun pertama sijil sebagai ganjaran sekiranya mereka berjaya mengawal tahap glukosa dengan baik.
 
Ph Lee Yin Chen, Pengarah Pemasaran Penjenamaan, Promosi dan Perdagangan & Ketua E-Dagang Alpro Pharmacy, berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan FWD Takaful dan menyertai perjuangan negara menentang penyakit tidak berjangkit (NCD), terutamanya diabetes. Ini selaras dengan misi kami untuk menyediakan nasihat penjagaan kesihatan profesional untuk kebaikan masyarakat kita. Melalui program penjagaan penyakit diabetes digital kami, Sugo365, kami menyasarkan untuk memperkasa pesakit diabetes Jenis 2 untuk mencapai matlamat kesihatan mereka melalui pemantauan, kawalan dan sokongan profesional yang lebih baik daripada ahli endokrinologi, doktor, ahli farmasi, pakar pemakanan, pakar diet dan ahli fisioterapi. Kami bukan sekadar menyediakan preskripsi untuk pesakit diabetes. Kami juga berharap dapat membantu pesakit-pesakit ini dalam membuat perubahan gaya hidup yang mampan demi kesihatan mental, fizikal dan kewangan yang lebih baik.”
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FWD SpecialMed dan FWD CI First, sila layari fwd.com.my. Sebagai alternatif, hubungi 1300 13 7988 atau e-mel contact.my@fwd.com untuk maklumat lanjut tentang kepentingan perlindungan dan bagaimana anda boleh melaksanakan perancangan untuk kehidupan yang lebih bermakna.
 
* Tertakluk pada terma dan syarat 

Mengenai FWD Takaful Berhad

FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) adalah pengendali takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. FWD Takaful adalah unit perniagaan takaful Kumpulan FWD.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.my.

Mengenai Kumpulan FWD

Kumpulan FWD (“FWD”) adalah perniagaan insurans hayat Asia dengan lebih daripada 10 juta pelanggan merentasi 10 pasaran, termasuk beberapa pasaran insurans yang paling pesat berkembang di dunia. FWD menyambut ulang tahun yang ke-10 pada tahun 2023. FWD menumpukan usaha untuk menjadikan insurans lebih mudah, cepat dan lancar, dengan pembaharuan yang inovatif dan pelan perlindungan yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang mengutamakan pelanggan ini, FWD komited untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap insurans dan takaful.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.

Tentang Alpro Pharmacy
Daripada sebuah kedai farmasi di bandar kecil Port Dickson yang bermula pada tahun 2002, Alpro kini merupakan farmasi komuniti yang menyediakan perkhidmatan dan penjagaan kesihatan dengan lebih 220 cawangan seluruh Malaysia. Alpro mempunyai lebih 350 ahli farmasi, 180 pakar pemakanan dan pakar diet, 70 ahli fisioterapi dan pelbagai lagi pakar penjagaan kesihatan. Alpro juga telah dianugerahkan pensijilan ISO 9001:2015 untuk produk farmaseutikal dan kini merupakan rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, mengagihkan lebih daripada 250,000 preskripsi setiap tahun.

Sila layari laman web https://www.alpropharmacy.com untuk maklumat lanjut.

Untuk pertanyaan media, sila e-mel ke media.my@fwd.com

Baca: BERNAMA

Generate Cart URL
Whatsapp