Get Our Latest Updates
Alpro Group Head Office & Distribution Centre
Unit V1-A, Lot 45880, Jalan Techvalley 3/2, Sendayan Techvalley, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
By Alpro Pharmacy
June 1, 2021
Menurut Kajian Kesihatan & Morbiditi Nasional (NHMS), 20% penduduk jatuh sakit dalam dua minggu yang lalu. Antara mereka, empat dari sepuluh tidak berunding dengan doktor.
Mereka mengambil ubat tanpa mendapatkan nasihat daripada pengamal kesihatan profesional atau mendapatkan nasihat dari sumber lain seperti internet, TV, radio dan lain-lain.
Oleh itu, DOC2US melancarkan perkhidmatan ePharmacy untuk memudahkan akses orang ramai kepada pengamal kesihatan professional dan berkolaborasi dengan foodpanda pandago dan Lalamove untuk memberikan perkhidmatan penghantaran ubat yang mudah dalam masa dua jam di Lembah Klang.
Dr Raymond Choy, Ketua Pegawai Eksekutif DOC2US berkata, “Dengan pandemik COVID-19 yang semakin marak, kami melihat keperluan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan profesional yang mudah diakses oleh orang ramai.
Dengan 24 juta pengguna Facebook di Malaysia, dan penyesuaian sistem kami dengan Facebook Messenger, kami dapat memberikan konsultasi talian profesional untuk penyakit ringan seperti selsema, batuk, jangkitan salur pernafasan atas, jangkitan telinga, asma, ruam kulit, masalah e-preskripsi, dan penghantaran ubat yang diperlukan dari rumah ke rumah.
Semuanya dilakukan dengan mudah dan pengguna tidak perlu meninggalkan rumah mereka ketika mereka rasa tidak sihat. ”
Perkhidmatan ePharmacy DOC2US akan menyambungkan pengguna dengan doktor dari
DOC2US untuk perundingan secara digital. Jika diperlukan, e-preskripsi akan diisi and diberi oleh rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, Alpro Pharmacy. Kemudian, ubat itu akan dihantar dalam masa 2 jam melalui rakan penghantaran mereka – pandago dan Lalamove, di Lembah Klang.
Sayantan Das, Pengarah Urusan foodpanda Malaysia berkata, “Kami sangat gembira dapat
bekerjasama dengan DOC2US untuk memberi perkhidmatan kepada lebih banyak rakyat
Malaysia.
Semasa menghadapi masa yang mencabar, kami ingin memastikan pengguna masih dapat mengakses ubat mereka melalui saluran yang selamat dan yang boleh dipercayai. Kami
berharap melalui perkhidmatan ini, foodpanda dapat memainkan peranan dalam mendorong rakyat Malaysia untuk tinggal di rumah dan tetap selamat.”
Jane Teh, Pengarah Urusan Lalamove Malaysia berkata, “Dengan kepercayaan ‘Your trusted
Online Doctor’, DOC2US menawarkan pengalaman berunding dengan doktor bersemuka secara digital melalui platform DOC2US.
Dalam tempoh di mana berkekal di rumah adalah penting bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, DOC2US menawarkan saluran yang selamat untuk memberikan perkhidmatan perundingan talian, preskripsi elektronik dan penghantaran ubat.
Dengan 20,000 rakan penghantaran yang aktif, Lalamove bangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada misi DOC2US untuk menghubungkan rakyat Malaysia dengan doktor pada bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja. ”
Dengan ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara yang bermula esok dan Perintah
Kawalan Pergerakan selanjutnya yang melarang perjalanan rentas daerah dan negeri di
Malaysia, DOC2US percaya bahawa ePharmacy mereka dapat membantu lebih daripada
separuh 2.4 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 65 tahun yang memerlukan ubat jangka panjang untuk penyakit seperti kolesterol, darah tinggi dan diabetes.
Ini adalah kerana perkhidmatan ePharmacy ini dapat mengurangkan mereka mengunjungi tempat berisiko tinggi seperti hospital, klinik dan farmasi atau bergantung pada anak-anak atau cucu mereka untuk membelikan ubat bagi pihak mereka.
“Ketidakpatuhan pengambilan ubat-ubatan preskripsi akan menyebabkan mereka yang
merupakan golongan berisiko tinggi ini terdedah kepada komplikasi penyakit, terutamanya
COVID-19.
Kini, mereka dapat menggunakan perkhidmatan ePharmacy dengan sembang teks, nota suara dan panggilan di Facebook Messenger untuk membantu mereka memastikan
preskripsi mereka diisi dan dihantar dengan selamat semasa mereka tetap selamat di rumah”, kata Dr Choy.
Kini, terdapat lebih 6,300 pesakit yang menggunakan perkhidmatan ePharmacy DOC2US.
DOC2US ePharmacy dapat diakses melalui:
1. https://www.facebook.com/doc2usePharmacy atau
2. DOC2US hotline 019 702 1932 atau
3. DOC2US.com dan klik ePharmacy pada bar menu