Get Our Latest Updates
Alpro Group Head Office & Distribution Centre
Unit V1-A, Lot 45880, Jalan Techvalley 3/2, Sendayan Techvalley, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
KUALA LUMPUR, 19 MEI – Alpro Farmasi, Farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, telah berjanji untuk menanam dan mengamalkan amalan Environmental, Social, and Governance (ESG) sebagai rutin harian di dalam organisasi. Perkara ini mendapat perhatian ramai apabila kenaikan kemasukan dalam bidang farmasi sebagai salah satu inisiatif oleh korporat terbesar dunia, the Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGC).
UNGC ialah suatu pergerakan global yang telah diperakui oleh pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk menggerakkan syarikat dan pihak yang berkepentingan bagi membantu melindungi khazanah yang sedia ada.
Selari dengan perkembangan semasa, Alpro telah bersedia untuk meningkatkan usaha dan berupaya mengambil langkah drastik ini sebagai alternatif bagi menyokong Sepuluh prinsip UNGC yang merangkumi pelbagai aspek termasuklah isu hak asasi manusia, buruh, alam sekitar dan isu politik. Oleh itu, Alpro telah memandang serius perkara ini bagi membantu mencapai matlamat untuk menjalankan Sustainable Development Goals (SDGs).
Amalan ESG sentiasa menjadi titik terpenting di Alpro. Alpro adalah rangkaian farmasi yang menjalankan pelbagai mekanisme sepanjang 20 tahun menapak di Malaysia, antaranya adalah kempen perlupusan ubat selamat, The Growing Star Project, Projek Bangku, dan Save2Safe. Pengarah Pemasaran Alpro Pharmacy, Lee Yin Chen menyatakan bahawa penganugerahan pengiktirafan daripada UNGC adalah hadiah bagi organisasi yang menitikberatkan keselamatan komuniti sebelum menjalankan perdagangan.
“Alpro telah berada di Malaysia selama 20 tahun, dan sejak hari pertama penubuhan Alpro, kami sangat mendahulukan komuniti sebelum perdagangan. Kami percaya bahawa ini telah menjadi batu loncatan buat kami bagi mendorong jenama ini dan terus menyokongnya supaya selari dengan arus kemodenan.”
Kami sangat berbesar hati kerana telah diiktiraf sebagai farmasi komuniti pertama yang dilaksanakan oleh Malaysia yang komited dalam menjalankan perniagaan dibawah naungan UNGC. Dan kami berjanji untuk terus membina pelbagai inisiatif yang dapat membantu menjadikan dunia sebagai suatu tempat yang lebih selamat.” Kata Yin Chen.
Corporate Social Responsibility (CSR) yang dijalankan oleh Alpro baru-baru ini adalah penandatanganan Memorandum of Understanding (MOU) dengan Elianware Malaysia, sebuah syarikat terkemuka dengan pengeluaran kontena plastik tempatan, bagi membantu bersama mengumpul dan meraih dana untuk kanak- kanak yang hidup di bawah tampuk kemiskinan melalui The Growing Stars Project.
Semua hasil kutipan daripada penjualan Charity Bottle 1L akan disalurkan terus ke The Growing Stars Project, yang berupaya memberi sinar harapan untuk sekurang-kurangnya 300 pelajar sekolah pada tahun ini.
Tambahan pula, Alpro juga telah melancarkan kempen ProjectBangku yang menggunakan kayu palet lama yang tidak digunakan sebagai elemen utama dalam proses pembuatan bangku kayu ini. Pada ketika ini, bangku-bangku yang dikitar semula telah ditempatkan di luar Farmasi Alpro yang terpilih di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.
Read Original Article: Malaysia News TV
Get Our Latest Updates
Alpro Group Head Office & Distribution Centre
Unit V1-A, Lot 45880, Jalan Techvalley 3/2, Sendayan Techvalley, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Alpro Alliance Sdn. Bhd. (1015456-V)