Farmasi Alpro Kongsi Tips Persediaan Sebelum Musim Tengkujuh – Terutama Bekalan Ubat-Ubatan

By Alpro Pharmacy

June 20, 2022

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kebanyakan kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan bulan November, yang membawa kepada kemungkinan banjir kilat besar di beberapa negeri. Ia juga menjangkakan bahawa musim tengkujuh ini akan berlarutan sehingga awal tahun depan.   

Oleh itu, Farmasi Alpro kini menggesa rakyat Malaysia untuk mula bersiap-sedia dengan segala keperluan sebelum musim tengkujuh, lebih-lebih lagi untuk penduduk di kawasan yang terdedah kepada banjir.  

Berikut adalah langkah berjaga-jaga dan persediaan yang perlu dipraktikkan individu sepanjang musim tengkujuh pada tahun ini.

Sebelum banjir:

  • Pantau persekitaran anda dengan teliti
  • Dapatkan maklumat terkini tentang ramalan cuaca dan amaran.
  • Simpan bekalan bencana termasuk ubat-ubatan jangka panjang dan peti pertolongan cemas dalam beg kalis air sekiranya berlaku pemindahan. 
  • Pesakit, terutamanya warga emas yang menghidap penyakit kronik, dinasihatkan untuk melawat farmasi terdekat mereka bersama-sama dengan ubat-ubatan kronik mereka untuk menyimpan rekod di farmasi dan sediakan senarai ubat yang terkini.

Pesakit yang telah kehilangan salinan preskripsi mereka dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan senarai ubat, anda dinasihatkan supaya menyimpan sejarah ubat di farmasi komuniti terdekat. Terutamanya bagi individu yang memerlukan ubat-ubatan kronik.

Selepas Banjir:

Oleh kerana sanitasi dan kebersihan adalah di paras yang rendah ketika di kawasan banjir, ia boleh menjadi punca kepada penyakit bawaan banjir seperti Leptospirosis, Taun dan Denggi.

Khusus untuk mereka yang terselamat daripada banjir, anda harus memerhatikan simptom seperti demam, sakit kepala, cirit-birit, sakit otot, dan muntah untuk mengenal pasti kemungkinan jangkitan. Sekiranya terdapat simptom sedemikian, sila lawati pusat jagaan kesihatan berhampiran dengan segera. 

Sementara individu yang mempunyai ubat kronik tercemar atau dihanyutkan oleh banjir, Farmasi Alpro akan menyediakan bekalan sekali sahaja sehingga 7 hari secara percuma. Jadinya, anda boleh mengunjungi mana-mana daripada 200 cawangan Alpro Pharmacy di seluruh negara untuk berurus dengan ahli farmasi dan mendapatkan butiran lanjut.

Harus diingatkan, salinan laporan polis mengenai banjir diperlukan bagi tujuan pengesahan tentang banjir.

Akhir sekali, sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai dinasihatkan untuk menyimpan nombor telefon talian Khidmat Pelanggan Alpro di nombor 019-612 9006. Untuk langkah alternatif, anda juga boleh menghubungi ahli farmasi profesional Alpro melalui talian hotline WhatsApp e-farmasi di 019-702 1923.  

Read Original Article: Tajria

For A Healthy

& Vibrant World

We are on a mission to provide professional healthcare products, services and advices for the betterment of our community.

Generate Cart URL
Whatsapp