Farmasi Alpro Beri Penjelasan Kepada Pesakit Kronik Berkenaan Pengambilan Ubatan Dalam Bulan Ramadan

By Alpro Pharmacy

April 5, 2022

Pada bulan Ramadan yang mulia ini, farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, Alpro Pharmacy telah menyediakan satu set garis panduan ubat untuk pesakit-pesakit khususnya yang beragama Islam yang sedang menghidap penyakit kronik untuk terus meneruskan amalan berpuasa sambil mengelakkan risiko implikasi kesihatan kepada mereka.

Matlamat inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang perkara yang boleh dan dilarang dalam menggunakan ubat-ubatan tertentu berdasarkan panduan yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

Adakah Inhaler atau ubat sedutan membatalkan puasa?

 

Terdapat dua kategori ubat sedutan : ubat pencegah (contohnya Seretide Inhaler, Flixotide Inhaler dan sebagainya) dan ubat pelega (contohnya Asthalin inhaler, Ventolin inhaler dan sebagainya).

Bagi pesakit yang menggunakan ubat sedutan jenis pencegah, ahli farmasi menasihatkan supaya meneruskan penggunaan seperti biasa. Ia biasanya diambil dua kali sehari dan boleh diambil sebelum sahur dan juga sebelum tidur.

Ahli farmasi juga mengingatkan penggunaan ubat sedutan jenis pencegah amat penting untuk pengawalan penyakit yang optima. Ia juga mampu mengurangkan kes serangan asma ketika berpuasa dan keperluan ubat sedutan jenis pelega.

Penggunaan ubat sedutan jenis pelega pula boleh digunakan sebagai langkah kecemasan sewaktu serangan asma berlaku.

 

Adakah berpuasa membawa risiko dehidrasi (kekurangan air) ataupun hypoglisemia (paras gula rendah)?

 

Bagi pesakit kencing manis, ahli farmasi mengesyorkan pemantauan paras gula 2 jam selepas sahur dan apabila mempunyai tanda-tanda hypoglisemia seperti pening, berpeluh sejuk, penglihatan kabur, rasa menggigil. Pemantuan paras gula tidak membatalkan puasa. Sekiranya paras gula kurang daripada 3.9 mmol/L, pesakit haruslah berbuka puasa demi kesihatan.

Bagi pesakit kencing manis, ahli farmasi juga mengesyorkan supaya tidak menangguhkan masa berbuka puasa. Sekiranya anda masih dalam perjalananan balik rumah ataupun berkerja, haruslah juga mengambil satu atau dua biji kurma semasa waktu iftar.

Bagi pengawalan paras gula yang optima, ahli dietitik menyarankan supaya mengambil makanan yang kaya dengan serat. Serat bukan sahaja mengenyangkan, ia membantu menstabilkan paras gula dalam badan.

Selain daripada kencing manis ataupun diabetes, golongan yang mempunyai masalah gastrik turut adalah golongan berisiko waktu berpuasa.

 

Adakah pesakit penyakit ‘Gastrik’ antara golongan berisiko waktu berpuasa?

 

Ahli farmasi menasihatkan sekiranya seseorang mengalami masalah gastrik, elakkan mengambil makanan bergoreng ataupun minuman bergas secara laju ataupun banyak. Minuman yang mengandungi kandungan kafein tinggi seperti kopi turut mungkin membawakan sakit gastrik.

Apabila berbuka puasa, adalah dicadangkan supaya berbuka dengan kuantiti yang sederhana.

Kesimpulannya, puasa bukan penghalang untuk pesakit terus mendapatkan rawatan. Pengubahsuaian dos dan waktu pengambilan ubatan mengikut saranan dan cadangan doktor dan ahli farmasi adalah penting. Namun, janganlah berhenti mengambil ubat atau menghentikan rawatan perubatan sepanjang bulan puasa. Kesihatan diri haruslah menjadi keutamaan.

Selamat menyambut bulan Ramadhan, dan semoga semua dapat dimanfaatkan daripada perkongsian ini. Perundingan dengan ahli farmasi profesional di mana-mana lebih daripada 165 cawangan Alpro adalah percuma. Untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi Sokongan Penjagaan Pelanggan Alpro di 019-612 9006. Sebagai alternatif, orang ramai juga boleh berbual dengan ahli farmasi profesional melalui talian hotline WhatsApp e-farmasi di 019-702 1923.

*Sebelum berpuasa, ahli farmasi mengesyorkan pesakit untuk berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk menghasilkan pelan yang sesuai untuk pesakit.

Read original article: SiakapKeli

Generate Cart URL
Whatsapp