Get Our Latest Updates
Alpro Group Head Office & Distribution Centre
Unit V1-A, Lot 45880, Jalan Techvalley 3/2, Sendayan Techvalley, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Diabetes Mellitus Jenis 1 merupakan penyakit autoimun yang tidak mempunyai penawar. Ia mengganggu penghasilan insulin dalam pankreas, menyebabkan tahap gula dalam darah meningkat. Pengesanan dan rawatan yang lewat boleh menyebabkan keadaan yang boleh mengancam nyawa seperti Diabetic Ketoacidosis (DKA).
Malangnya, keadaan ini sering kali didiagnosis secara tidak tepat , terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, sebagai penyakit biasa yang disebabkan oleh gejala yang serupa seperti pesakit akan kerap membuang air (47.5%), dahaga yang berterusan (43.5%), penurunan berat badan (32.6%), dan muntah-muntah (32.6%).
Menyedari keperluan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan keluarga dan masyarakat, Alpro Pharmacy dengan kerjasama Pusat Jagaan Diabetes Ascensia, sebuah syarikat penjagaan diabetes global, menganjurkan bengkel “Together as ONE”.
Bengkel ini bertujuan untuk memberikan sokongan menyeluruh kepada kanak-kanak, remaja, ibu bapa, dan keluarga dengan menghubungkan mereka bersama pakar kesihatan dalam bidang endokrinologi pediatrik, psikologi, farmasi, dan dietetik.
Untuk pengetahuan anda, rawatan pengesanan awal adalah penting untuk Diabetes Jenis 1. Ini kerana individu memerlukan rawatan insulin dan pemantauan glukosa secara berkala untuk pengurusan yang berkesan. Kelewatan dalam pengesanan boleh menghalang kanak-kanak daripada menerima penjagaan yang tepat pada masanya, justeru berpotensi mengancam nyawa.
Selain itu, dalam kalangan kanak-kanak, ramai lagi yang masih belum didedahkan kepada penyakit ini. Dan ia sekaligus telah menimbulkan diskriminasi dan terasing daripada rakan sebaya, serta perasaan tidak selesa ketika menggunakan pen insulin.
Oleh itu, penjagaan diri, sokongan emosi dan psikologi untuk pesakit dan keluarga memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan dan kesihatan mereka. Dengan kawalan diabetes yang betul dan sokongan yang mencukupi, kanak-kanak dengan diabetes boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat dan ceria.
Untuk mengatasi cabaran ini, Alpro Pharmacy telah menubuhkan pasukan Sugo 365 untuk melengkapkan ibu bapa dengan pengetahuan menyeluruh berkenaan Diabetes Mellitus Jenis 1 (T1DM), membolehkan mereka mengenal pasti dan menguruskan keadaan dengan berkesan sambil memberikan sokongan emosi kepada anak-anak mereka.
Melalui Sugo 365, Alpro Pharmacy akan memperkasakan keluarga dengan pengetahuan menyeluruh tentang diabetes jenis 1 dan membina pemahaman yang lebih baik tentang keadaan tersebut. Pasukan profesional kesihatan Alpro juga akan memberikan sokongan dan membantu ibu bapa mengembangkan kemahiran yang diperlukan untuk membimbing dan menjaga anak-anak mereka.
Seiring dengan bengkel “Together as ONE”, Alpro Pharmacy juga melancarkan Beg Glukometer ONE Warrior yang diberikan secara percuma kepada kanak-kanak dengan T1DM. Berbeza dengan beg glukometer standard bewarna hitam yang biasa terdapat di Malaysia, beg berwarna biru dan merah jambu yang direka khas ini bertujuan untuk menanamkan keberanian dan keceriaan semasa proses suntikan sambil menangani kebimbangan didiskriminasi.
Read original article: Tajria
Get Our Latest Updates
Alpro Group Head Office & Distribution Centre
Unit V1-A, Lot 45880, Jalan Techvalley 3/2, Sendayan Techvalley, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Alpro Alliance Sdn. Bhd. (1015456-V)