Alpro Pharmacy opens interactive outlet at KidZania
By Alpro Pharmacy
September 23, 2024
SHARE:
Sempena Hari Ahli Farmasi Sedunia pada 25 September, rangkaian farmasi Alpro Pharmacy melancarkan cawangan terbarunya di KidZania Kuala Lumpur.
Untuk pengetahuan anda, Alpro Pharmacy adalah satu-satunya farmasi yang terdapat di bandar interaktif kanak-kanak ini – dan kini telah menyertai komuniti Kidzania yang menawarkan lebih daripada 70 aktiviti simulasi kerjaya.
Alpro Pharmacy di KidZania Kuala Lumpur menawarkan peluang unik kepada kanak- kanak untuk menerokai dunia ahli farmasi komuniti melalui aktiviti interaktif selama 20 minit dan merasai pengalaman sebenar.
Cawangan ini mempunyai makmal pengkompaunan di mana kanak-kanak boleh mencipta gel penenang mereka sendiri dengan bimbingan daripada profesional di cawangan tersebut. Mereka juga boleh membawa pulang gel yang dihasilkan oleh mereka – yang direka untuk menenangkan ekzema dan melegakan kesan melecur kecil.
Sekiranya anda ingin berkunjung ke Alpro Pharmacy KidZania Kuala Lumpur, ia berada di kawasan Kesihatan, aras Atas, bertentangan dengan hospital. Ia menawarkan peluang untuk kanak-kanak yang berminat menjadi ahli farmasi dari usia 6 tahun ke atas.
Waktu operasi adalah dari 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.