Alpro Pharmacy masuk ke pasaran Indonesia secara rasmi dengan pelancaran Apotek Alpro

By Alpro Pharmacy

December 10, 2024

KUALA LUMPUR 9 Dis – Rangkaian farmasi preskripsi terbesar Malaysia, Alpro Pharmacy, secara rasminya memasuki pasaran Indonesia dengan pelancaran Apotek Alpro.

Dengan lebih daripada 200 cawangan di Kawasan Metropolitan Jakarta, Apotek Alpro bertujuan merevolusikan akses penjagaan kesihatan di Indonesia dengan menyediakan perkhidmatan farmasi yang dipercayai serta rumusan penjagaan kesihatan profesional.

Ketua Pegawai Eksekutif Alpro Pharmacy, Low Swee Siong berkata, sepanjang 20 tahun yang lalu, kami dengan bangga telah berkhidmat kepada lebih 3.6 juta keluarga di Malaysia dengan menyediakan ubat- ubatan asli dan memperjuangkan keselamatan penggunaan ubat melalui perkhidmatan profesional.

“Pengembangan ini merupakan pencapaian penting kerana kami membawa kepakaran dan standard tinggi penjagaan farmasi yang sinonim dengan Alpro kepada komuniti di Indonesia.

“Kami berdedikasi untuk meningkatkan akses penjagaan kesihatan dan menyokong keluarga di rantau ini dengan rumusan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mudah diakses,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Apotek Alpro, Lee Yin Chen yang sebelum ini menjawat jawatan Pengarah Penjenamaan, Promosi & Pemasaran Perdagangan serta Ketua E-Dagang Alpro Pharmacy, akan menerajui usaha itu.

Lee Yin Chen

Kumpulan itu berkata, dengan pemahaman mendalam terhadap cabaran kesihatan di Indonesia, termasuk isu ubat palsu dan haram, Yin Chen dan pasukannya komited meningkatkan keselamatan penggunaan ubat serta membina kepercayaan pengguna di Indonesia.

“Misi kami adalah untuk memperluaskan perkhidmatan farmasi profesional kami kepada rakyat Indonesia dengan matlamat mencipta dunia yang sihat dan bertenaga.

“Dengan populasi Indonesia yang semakin peka terhadap kesihatan, Apotek Alpro komited untuk menjadikan penjagaan kesihatan berkualiti dapat diakses untuk semua keluarga.
“Kami memberi jaminan penuh ubat asli untuk semua yang kami bekalkan, disokong oleh insurans bernilai 3 bilion rupiah untuk memastikan kepercayaan dan keyakinan pelanggan kami,” kata Yin Chen.
Menjelang 2025, Apotek Alpro menyasarkan untuk berkhidmat kepada lebih 30,000 pelanggan setiap hari melalui tawaran di kedai dan konsultasi dalam talian melalui WhatsApp.

Terdahulu, Alpro Pharmacy menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan 22 universiti tempatan, termasuk Universiti Pancasila dan Asosiasi Perguruan Tinggi Farmasi Muhammadiyah Aisyiyah (APTFMA).

Kerjasama itu bertujuan menangani ketidakseimbangan pengedaran farmasi di Indonesia dengan meningkatkan pendidikan farmasi dan mewujudkan peluang latihan untuk graduan farmasi. 

Read Original Article: Dagang News

 

Generate Cart URL
Whatsapp