Alpro Pharmacy labur RM15 juta, MoU bersama HIKROBOT perkenal sistem logistik pintar

By Alpro Pharmacy

April 4, 2023

Oleh HUDA HASSAN

editor@dagangnews.com 

KUALA LUMPUR 4 April – Alpro Pharmacy (Alpro) melabur RM15 juta untuk memperkenalkan sistem logistik pintar yang dijangka mampu meningkatkan kecekapan logistiknya tiga kali ganda dalam pengurusan inventori.

Bagi menjayakan usaha itu, Alpro menandatangani meorandum persefahaman (MoU) dengan HIKROBOT, penyedia antarabangsa produk dan penyelesaian robot mudah alih yang memanfaatkan logistik AI dalam industri farmaseutikal.

Ketua Pegawai Eksekutif Alpro, Low Swee Siong berkata, menerusi teknologi serta kepakaran yang ada pada HIKROBOT, ia mampu membawa industri farmaseutikal ke arah penggunaan digital berorientasikan teknologi. 

Kerjasama itu juga, katanya, akan membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan yang lebih pantas, selamat dan cekap kepada pelanggan mereka.

“Menerusi teknologi dan kepakaran HIROBOT, kami merancang untuk menetapkan penanda aras dan piawaian yang akan mempercepatkan industri farmaseutikal yang berdigital dan berorientasikan teknologi.

“Kami merancang untuk memperkenalkan robot mudah alih pintar HIROBOT pada suku ketiga 2023 dan menggunakan pada gudang pusat kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, dengan penggunaan sistem logistik pintar yang canggih itu, Alpro Pharmacy boleh menguruskan inventori ubat dan sistem logistiknya dengan lebih baik.

Tambahnya, pengurusan inventori ubat adalah komopenen penting bagi pengedar ubat seperti Alpro dalam industri farmaseutikal kerana kualiti dan keselamatan ubat secara langsung memberi kesan kepada pengguna.

Menurutnya, pengenalan sistem logistik pintar HIKROBOT akan menyediakan operasi automatik dan pengurusan inventori ubat yang tepat sekali gus mengurangkan kesilapan manusia terutama untuk perubatan yang memerlukan penjagaan rapi.

“Sistem logistik pintar itu dijangka membantu profesional Alpro Pharmacy menjimatkan masa dan tenaga, membolehkan mereka menyediakan ruang kapasiti untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan kecekapan profesional bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan,” katanya.

Generate Cart URL
Whatsapp