Alpro Pharmacy Kini Memasuki Pasaran Indonesia – Dengan Perkenalkan Apotek Alpro

By Alpro Pharmacy

December 10, 2024

Alpro Pharmacy, rangkaian farmasi preskripsi di Malaysia, kini secara rasminya memasuki pasaran Indonesia dengan pengenalan sebagai Apotek Alpro.

Menerusi pelancaran bersama lebih 200 cawangan di Jakarta ini – Alpro Pharmacy optimis usaha ini dapat merealisasikan matlamat operasi dalam meluaskan akses penjagaan kesihatan dan khidmat farmasi kepada pengguna Indonesia dan pasaran lain.

Tidak hanya perluasan rangkaian, Alpro Pharmacy turut telah mencapai kesepakatan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) dengan 22 universiti tempatan, termasuk Universiti Pancasila dan Asosiasi Perguruan Tinggi Farmasi Muhammadiyah Aisyiyah (APTFMA).

Kerjasama ini bertujuan untuk menangani ketidakseimbangan pengedaran farmasi di Indonesia dengan meningkatkan pendidikan farmasi dan mewujudkan peluang latihan untuk graduan farmasi. Dengan asas yang kukuh Apotek Alpro dijangka meluaskan akses penjagaan kesihatan di Indonesia, serta mengukuhkan lagi visi Alpro Pharmacy untuk mewujudkan persekitaran yang sihat dan bertenaga di seluruh rantau ini.

Read Original Article: Rnggt

 

Generate Cart URL
Whatsapp