Get Our Latest Updates
Alpro Group Head Office & Distribution Centre
Unit V1-A, Lot 45880, Jalan Techvalley 3/2, Sendayan Techvalley, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Yang lebih menarik, cawangan Alpro Pharmacy di KidZania Kuala Lumpur memberi peluang kepada si kecil mencipta gel penenang di bawah bimbingan profesional.
Kanak-kanak memang tidak lari dengan dunia imaginasi dan sifat ingin tahu yang tinggi.
Pada fasa inilah dapat dilihat kebanyakan daripada mereka gemar meniru seseorang atau sesuatu pekerjaan.
Antara pekerjaan yang sering dilakon dan dimainkan oleh mereka adalah polis, bomba, doktor dan ‘kerja beri ubat’ atau lebih dikenali sebagai ahli farmasi.
Sempena meraikan Hari Ahli Farmasi Sedunia pada 25 September ini, rangkaian farmasi terbesar di Malaysia, Alpro Pharmacy membuka cawangan terbaharunya di KidZania Kuala Lumpur.
Ia satu-satunya farmasi yang dibuka dalam bandar interaktif kanak-kanak serta tergolong dalam komuniti yang menawarkan lebih 70 simulasi pekerjaan.
Dengan pembukaan cawangan baharu mereka ini, si cilik berpeluang merasai pengalaman pelbagai profesion khususnya ahli farmasi secara realistik.
Menurut Ketua Pegawai Farmasi dan Pengarah Penglibatan Alpro Pharmacy, Ph. Lim En Ni, pembukaan ini selaras dengan visi mereka untuk dunia yang sihat dan bersemangat.
“Di Alpro Pharmacy, misi kami adalah untuk menyediakan peluang, kesihatan, dan panduan kepada sesiapa sahaja yang berusaha untuk kehidupan yang lebih baik.
“Adalah penting untuk memperkenalkan kanak-kanak lebih awal kepada peranan penting ahli farmasi dalam kehidupan mereka, terutamanya dalam memastikan keselamatan ubat-ubatan.
“Persekitaran unik KidZania membolehkan kami berinteraksi dengan kanak-kanak melalui aktiviti main peranan yang membina pemikiran kritikal, pengetahuan kendiri, dan kreativiti mereka. Ia juga memupuk nilai-nilai penting dalam kehidupan seperti hormat, tanggungjawab, dan integriti,” katanya.
Melalui cawangan terbaharu mereka itu, kanak-kanak berpeluang meneroka dunia pekerjaan dan merasai pengalaman sebenar sebagai ahli farmasi di cawangan terbaharu Alpro Pharmacy di KidZania Kuala Lumpur.
Apa yang lebih menarik, cawangan itu mempunyai makmal pengkompaunan yang memberi peluang kepada si kecil untuk mencipta gel penenang mereka sendiri di bawah bimbingan profesional.
Malah, mereka boleh membawa pulang gel yang dihasilkan oleh mereka sendiri yang direka khas bagi menenangkan ekzema serta melegakan kesan lecur yang kecil.
Ketika majlis pelancaran cawangan itu yang telah diadakan pada hari ini (12 September), Ph. Lim memaklumkan tema Hari Ahli Farmasi Sedunia pada tahun ini adalah ‘Ahli Farmasi: Memenuhi Keperluan Kesihatan Global,’.
Malah, dia turut menekankan peranan ahli farmasi komuniti dalam usaha memerangi penyakit kronik seperti ekzema, penyakit tidak berjangkit (NCD) dan peralihan status negara tua yang dijangka pada tahun 2030.
“Dengan lebih daripada 300 cawangan di seluruh negara, ahli farmasi komuniti kami mudah diakses dan bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam penjagaan kesihatan asas dan pencegahan penyakit.
“Selain daripada nasihat mengenai ubat-ubatan, kami juga menyediakan perkhidmatan seperti berhenti merokok, perancangan keluarga, dan pengurusan kesakitan.
“Apa yang lebih menarik adalah waktu operasi kami lebih panjang daripada kebanyakan hospital dan klinik dan untuk berbincang dengan kami tidak memerlukan sebarang janji temu, serta tiada bayaran konsultasi akan dikenakan,” jelasnya.
Buat anda yang mahu membawa si kecil merasai pengalaman sebagai ahli farmasi, anda boleh berkunjung ke Alpro Pharmacy KidZania Kuala Lumpur yang terletak di kawasan Kesihatan, Tingkat atas bertentangan dengan hospital.
Ia terbuka kepada kanak-kanak yang berusia enam tahun ke atas dan waktu operasi bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang pada setiap hari.
Get Our Latest Updates
Alpro Group Head Office & Distribution Centre
Unit V1-A, Lot 45880, Jalan Techvalley 3/2, Sendayan Techvalley, 71950 Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Alpro Alliance Sdn. Bhd. (1015456-V)