Alpro ONCOHelp Diperkenalkan – Pusat Sehenti Khusus Untuk Pesakit Kanser Dan Keluarga

By Alpro Pharmacy

November 9, 2023

Alpro Pharmacy bersama-sama dengan Merck, Sharp & Dohme (Malaysia) Sdn. Bhd. (MSD Malaysia), anak syarikat Merck & Co., Inc., peneraju penjagaan kesihatan global, telah bergabung tenaga untuk meningkatkan kesedaran kanser dan kebolehcapaian rawatan Onkologi melalui Memorandum Persefahaman (MoU).

Menurut kedua-dua organisasi ini, inisiatif yang diperkenalkan ini adalah bagi memberi tumpuan kepada meluaskan akses kepada ubat onkologi, meningkatkan kesedaran kanser, dan mengukuhkan ketersediaan rawatan onkologi – menerusi pengenalan Alpro ONCOHelp, pusat sehenti khusus untuk pesakit kanser dan keluarga mereka.

Menurut Alpro Pharmacy, program ini adalah satu-satunya inisiatif yang direka untuk menyediakan akses kepada rawatan onkologi yang inovatif dan sokongan perubatan holistik percuma selama 365 hari kepada pesakit kanser.

Dengan memanfaatkan kepakarannya dalam menguruskan pesakit kanser, MSD Malaysia menyumbang kepada pembangunan inisiatif Alpro Pharmacy, yang disesuaikan khusus untuk menggalakkan peningkatan akses kepada rawatan kanser lanjutan melalui program ONCOhelp. Usaha kerjasama ini akan meluaskan skop jangkauan, memastikan pendekatan yang lebih komprehensif dan inklusif terhadap penjagaan pesakit.

Di ONCOhelp, ia menampilkan pasukan tersendiri yang mempunyai anggota profesional penjagaan kesihatan termasuk doktor, ahli farmasi, ahli fisioterapi, pakar pemakanan dan pakar diet. Dengan ini, pesakit boleh mendapatkan ubat kanser yang mampu dimiliki, sekaligus dapat menampung pembiayaan perubatan yang tinggi. Selain itu, ONCOhelp juga menawarkan sokongan holistik perubatan 365 hari percuma untuk pesakit berdaftar.

Untuk maklumat lanjut tentang ONCOHelp, anda boleh hubungi pakar ONCOhelp melalui panggilan telefon atau WhatsApp di 010-2621923 atau melalui e-mel di oncohelp@alpropharmacy.com.

Read original article: Tajria

Generate Cart URL
Whatsapp