Alpro mengalu-alukan pengguna untuk melupuskan sebarang ubat yang tidak digunakan dengan selamat ke dalam tong pelupusan ubat-ubatan khas yang disediakan di semua cawangan Alpro di seluruh negara
Kuala Lumpur, 25 Januari 2022 – Alpro Pharmacy yang merupakan rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia telah melancarkan ‘Kempen Pelupusan Ubat Dengan Selamat’ dengan pelancaran visual yang diilhamkan dari kisah dongeng di saluran sosial media.
Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan pelupusan ubat dengan cara yang lebih selamat dan kesan buruk jika melupuskan ubat sebagai sampah biasa. Kempen ini disampaikan melalui satu siri grafik yang diinspirasikan daripada watak-watak kisah dongeng kanak-kanak seperti Snow White, Belle dari Beauty and the Beasts, Ariel dari The Little Mermaid, Cinderella dan Ballo beruang dari The Jungle Book.
Alpro Pharmacy telah menyediakan tong pelupusan ubat untuk pengguna di seluruh negara untuk memudahkan pelupuskan ubat-ubatan yang tidak digunakan atau tamat tempoh dengan lebih selamat.
“Kami ingin meningkatkan kesedaran mengenai kesan pembuangan ubat-ubatan dengan cara yang tidak betul. Kami berharap dengan kempen seperti ini, rakyat akan lebih sedar dan bijak dalam membuat keputusan semasa mengendalikan ubat yang telah tamat tempoh atau tidak digunakan.
“Kami berharap dapat terus memanfaatkan informasi atas talian dengan lebih meluas melalui rangkaian yang lebih daripada 165 cawangan di seluruh negara untuk memacu impak positif dalam masyarakat. Kami berharap ilmu yang dikongsikan akan memberi manfaat serta perubahan yang dibuat akan memberi kesan positif kepada alam sekitar,” kata Ahli Farmasi Alpro Pharmacy dan Pengarah Pemasaran Penjenamaan dan Perdagangan Encik Lee Yin Chen.
Sebelum melancarkan kempen itu, Alpro Pharmacy dengan kerjasama Universiti Perubatan Antarabangsa dan Universiti Monash, telah menjalankan kaji selidik perintis untuk memahami kesedaran dan pemahaman orang ramai mengenai perkara itu.
Hasil daripada kaji selidik tersebut, telah menunjukkan bahawa 83.2 peratus responden dalam kajian ini sedar bahawa pengendalian ubat-ubatan yang tidak digunakan secara tidak wajar boleh menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar dan ekosistem, manakala 66.4 peratus responden menyatakan bahawa mereka tidak mendapat sebarang bentuk pengetahuan atau kesedaran mengenai kaedah pelupusan ubat-ubatan dengan cara yang betul.
Untuk menyokong Alpro Pharmacy dan ikuti semua berita terkini, sila ikuti laman Facebook dan Instagram rasmi Alpro.
Sesi perundingan dengan ahli farmasi profesional di mana-mana 165 cawangan Alpro adalah percuma. Selain itu, orang ramai juga boleh berhubung dengan ahli farmasi melalui talian Whatsapp e-farmasi di 019-7021923.