Aiskrim campuran ubat batuk tidak sesuai untuk wanita mengandung

By Alpro Pharmacy

August 8, 2024

KUALA LUMPUR – Campuran aiskrim dengan ubat sirap batuk mungkin berbahaya kepada wanita mengandung.

Ketua Ahli Farmasi Alpro Pharmacy, Lim En Ni berkata, walaupun ubat batuk yang digunakan senang didapati di kedai-kedai, tetapi ia mengandungi herba tertentu yang mungkin tidak sesuai untuk wanita hamil.

Katanya, asid glycyrrhetinic pula membawa kesan serupa dengan kesan aldosterone dan kandungan aldosterone yang tinggi menyebabkan tanda seperti tekanan darah  tinggi dan ketidakseimbangan elektrolit.

“Tekanan darah yang tinggi pula boleh menyebabkan wanita mengandung mengalami gangguan kehamilan seperti Pra-eklampsia,” katanya seperti dipetik China Press.

Menurutnya, terdapat kajian mendapati  pengambilan akar manis Cina secara berlebihan semasa mengandung boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang.

“Pengambilan herba ini secara berlebihan juga mengganggu tumbesaran akal dan kelakuan anak,” katanya.

Beliau justeru menasihatkan ibu mengandung supaya mendapat nasihat perubatan sebelum mengambil apa-apa ubat, termasuk jenis herba.

Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini  mengarahkan semua premis yang menjalankan aktiviti penjualan produk aiskrim dicampurkan ubat batuk dihentikan serta-merta bagi tujuan keselamatan pengguna.

Arahan itu dikeluarkan susulan penularan aiskrim campuran ubat batuk Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) oleh satu rangkaian kedai aiskrim.

Generate Cart URL
Whatsapp