Penyakit jantung masih lagi pembunuh No. 1 di dunia. Menurut WHO (Pertubuhan Previatan Sedunia), dianggarkan sebanyak 17.7 juta nyawa menjadi korban penyakit jantung setiap tahun.
Penyakit jantung dan pembuluh darah – juga dipanggil penyakit jantung – termasuk pelbagai masalah lain, kebanyakannya berkaitan dengan proses yang dipanggil aterosklerosis. Aterosklerosis ialah keadaan yang berlaku apabila bahan yang dipanggil plak terbentuk pada dinding arteri. Pembentukan ini menyempitkan arteri, menjadikan sukar untuk darah mengalir melaluinya. Sekiranya darah beku terbentuk, ia boleh menghentikan pengaliran darah. Ini boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.
Kebaikan Vitamin K2
Meningkatkan Pengaliran Darah Vaskular
Arteri yang sihat dan fleksibel mengembang dan mengecut setiap kali jantung berdenyut. Kekenyalan ini ialah kunci untuk mengekalkan pengaliran darah dan tekanan darah yang sekata, melindungi jantung daripada bekerja terlalu kuat, seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
Mencegah Kalsifikasi dalam Arteri
Vitamin K2 mengaktifkan protein yang dipanggil MGP, perencat paling berkuasa kalsifikasi dalam saluran darah. MGP memastikan lebihan kalsium tidak akan mendap pada dinding arteri dan membentuk plak keras, dengan mengikat pada kalsium dan mengeluarkannya daripada aliran darah.
Meningkatkan Penyerapan Kalsium
Vitamin K2 “menghidupkan” protein yang dipanggil osteokalsin ini seperti apa yang ia lakukan kepada MGP. Osteokalsin membawa kalsium ke tempat ia diperlukan – tulang – dan menjauhkannya daripada tempat di mana ia tidak diperlukan. Kalsium mengikat kepada matriks tulang dan menguatkan struktur tulang dengan bantuan osteokalsin.
Menterbalikkan Pengerasan Arteri
Kajian menunjukkan Vitamin K2 bukan sahaja membantu mencegah kalsifikasi, malah ia juga boleh menterbalikkan pemendapan kalsium dalam saluran darah, mungkin melalui pengaturan protein yang bergantung kepada Vitamin K. Arteri menjadi lebih fleksibel dan lebih sihat.