Turun Berat Badan Dalam Bulan Puasa: Ingat 4 Tips Mudah Ini
By Alpro Pharmacy
March 2, 2024
SHARE:
Bagi anda yang mahu memakai baju kebaya ketika lebaran yang mulia, anda adalah orang yang paling sesuai untuk ikuti 4 tips mudah yang kami sediakan ini. Di samping menunaikan kewajiban berpuasa, anda juga boleh mengambil kesempatan ini sebagai satu peluang untuk turun berat badan.
4 Tips Mudah Untuk kurus di Bulan Ramadhan
Jom sama-sama kita kekal sihat dan kurus sepanjang bulan Ramadhan ini. Antara tips mudah untuk kurus di bulan Ramadhan ini adalah:
1. Jaga pengambilan kuantiti makanan ketika bersahur dan berbuka
Ketika berbuka, pastinya pelbagai juadah berbuka bakal kita hidangkan. Walaubagaimana sekalipun, untuk kekal sihat dan turun berat badan sepanjang bulan Ramadhan ini kita perlu BIJAK dalam menjaga pengambilan KUANTITI makanan ketika berbuka khususnya.
Ketika berbuka dan bersahur kita boleh amalkan amalan suku-suku separuh seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan menggunakan konsep ini, kita mampu mengawal pengambilan makanan yang tidak sihat dan lebih makanan yang lebih berkhasiat. Ianya mampu mengawal berat badan anda.
Buat individu yang rasa sukar untuk turunkan berat badan anda sepanjang Ramadhan ini, hanya pegang 1 konsep mudah ini iaitu:
Pengambilan Makanan haruslah seimbang dengan aktiviti yang kita lakukan.
2. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran
Sayur dan buah-buahan merupakan salah satu jenis makanan yang tinggi serat. Dengan mengambilan sayur-sayuran yang banyak ketika sahur dan berbuka mampu membantu anda berasa kenyang dalam jangka masa yang panjang BERBANDING dengan pengambilanl makanan yang tinggi gula dan karbohidrat. Justeru itu, anda sangat DISARANKAN anda mengambil sayur-sayuran ketika bersahur dan berbuka.
Menjelang Ramadhan buah yang menjadi bualan ramai adalah kurma. Kurma ada kategori buah-buahan dan merupakan makanan sunnah. Maka anda boleh amalkan pengambilan kurma, 2 biji kurma ketika sahur dan 2 biji kurma ketika berbuka. Peringatan buat semua, pilihlah kurma yang tidak disaluti dengan gula kerana ianya kan meningkatkan berat badan tanpa kita sedari.
3. Ambil air putih secukupnya
Air Katira, Air 3 layer, Teh Bunga, Boba dan lain-lain lagi akan wujud ketika bulan Ramadhan! Tak salah untuk mencuba tapi perlu mengawal nafsu kerana kebanyakan minuman yang viral itu adalah minuman yang tinggi kandungan gula dan pewarna. Semua ini merupakan minuman yang tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan serta menyebabkan peningkatan berat badan tanpa kita sedari.
Jadi, kita perlu bijak dalam memilih minuman semasa berbuka atau bersahur. Lebihkan pengambilan air putih berbanding air yang mengandungi gula. Ikuti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pengambilan air putih dalam sehari.
Pecahkan pengambilan air putih ketika berpuasa kepada 4 bahagian agar pengambilan air putih mencukupi 8 gelas sehari. 4 bahagian yang dimaksudkan adalah sepertin berikut:-
✓ 2 gelas ketika sahur
✓ 2 gelas ketika berbuka
✓ 2 gelas ketika terawih/ moreh
✓ 2 gelas sebelum tidur
4. Kekal cergas ketika berpuasa
“Letihnya berpuasa” itu perkara biasa kita dengari dalam kalangan mereka yang berpuasa. Tahukah anda ketika melakukan solat terawih sebenarnya anda sedang membakar lebih banyak kalori kerana ketika solat terawih 8 atau 23 rakaat anda telah melakukan banyak pergerakkan. Ketika itulah segala makanan yang anda ambil ketika berbuka itu dibakar
Menerusi perkongsian Kevin Zahri, terawih mampu membakar kalori lebih kurang 200kcal sehingga 300kcal sehari. Ianya bergantung kepada durasi solat terawih yang dilakukan dan suhu persekitaran masjid/ surau tersebut. Tak cukup 200kcal sehingga 300kacal pembakaran lemak itu!!! Jadi, anda boleh berjalan kaki ke masjid untuk bersolat terawih agar lebih banyak lemak yang dapat di bakar.
Selain daripada peroleh pahala yang berganda pada bulan puasa ini anda juga mampu kekal cergas dengan menunaikan solat sunat muaakad yang sangat dituntut ini. Sambil-sambil kita mencuba untuk kurus di hari Lebaran yang indah ini kita juga dapat mengambil peluang untuk memperoleh pahala yang berganda pada Ramadhan ini.
Semoga anda berjaya mendapatkan berat badan yang ideal ketika Lebaran nanti. Niatlah kurus agar mudah melakukan amal ibadah seharian.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk menghubungi Alpro ePharmacy atau lawati Alpro Pharmacy terdekat. Pasukan kami yang terdiri daripada ahli farmasi, pakar pemakanan, dan dietitian sedia membantu dan memberikan sokongan.