Bagi golongan muda mahu tua diluar sana yang takut berat badan naik tanpa sengaja ketika Hari Raya, anda adalah orang yang tepat untuk terus membaca penulisan ini. Jom teruskan membaca bagaimana cara untuk kekal sihat, kekal enak di hari raya tahun ini. Sambil makan makanan yang enak sambil kita menjaga kesihatan tubuh badan. Jangan bazirkan usaha kita ketika puasa “beribadah sambil kekal sihat”.
Tips kekal sihat, kekal enak ini mudah sahaja iaitu kita amalkan konsep 55555. Hanya mengamalkan satu konsep ini sahaja anda boleh kekal sihat, kekal enak di Hari Raya.
Antara konsep 55555 yang diketengahkan oleh pihak Kementerian Malaysia adalah:
1. Hadkan 500 kalori untuk setiap waktu makan utama
Secara amnya,keperluan tenaga bagi lelaki dewasa dalam sehari adalah 2000 kalori, namun bagi wanita dewasa adalah 1600 kalori sahaja. Maka, kita perlu merancang pengambilan semasa Hari Raya agar TIDAK melebihi keperluan.
Justeru itu, bagi memastikan kita kekal sihat, HADKAN pengambilan makanan yang tinggi kalori dalam satu makanan utama (sarapan, tengah hari dan malam). Rancangkan pengambilan kepada 500 kalori sahaja setiap satu masa.
2. Makan 5 kumpulan makanan mengikut Piramid Makanan
Gambar di atas adalah 5 kumpulan makanan yang perlu ada ketika Hari Raya. Ikuti 5 kumpulan makanan ini agar kita boleh kekal sihat, kekal enak di Hari Raya. Elakkan mengambil kuih raya dahulu sebelum makan makanan utama kerana kuih raya lebih tinggi tenaga dan tidak seimbang berbanding makanan utama dan menyebabkan kita mengambil kalori yang berlebihan.
3. Makan 5 sajian buah-buahan dan sayur-sayuran
Walaupun ketika Hari Raya, sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan salah satu juadah yang PENTING kerana ianya membekalkan vitamin, mineral dan antioksidan yang kita perlukan. Justeru itu, SARANAN pengambilan buah-buahan dalam sahari adalah 2 hidangan manakala sayur-sayuran adalah 3 hidangan.
4. Hadkan kepada 5 gram atau 1 sudu the gula sahaja untuk makanan manis, kurang adalah lebih baik
Makanan yang paling popular ketika Hari Raya adalah bahulu, bangkit, kek dam, kek batik, tart nenas dan lain-lain. Semua kuih ini sangatlah lazat tapi kandungan gulanya agak tinggi maka bagi memastikan kita dapat menikmati keenakkan kuih raya hadkan pengambilan kuih raya yang manis dalam sehari. Sekiranya mampu, cuba semua kuih yang sedap itu pada hari yang berbeza, setiap hari satu. Keenakan kuih kita perolehi, kesihatan juga kita perolehi.
5) Bersenam 5 kali seminggu
Ketika perayaan, aktiviti yang paling sukar dilakukan adalah senaman. Walau Bagaimana sekalipun, bagi kekal sihat kita WAJIB menyahut cabaran bersenam sekurang-kurangnya 5 kali seminggu. Antara senaman yang paling mudah adalah berjalan kaki ke Masjid.
Hari Raya merupakan satu perayaan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara saudara mara yang jauh dan dekat, maka sebagai generasi muda kita perlu kekalkan tradisi ini. Sambil-sambil mengeratkan hubungan kekeluargaan kita juga mampu mengaplikasikan konsep 55555 untuk kekal sihat sambil merasai keenakkan juadah di Hari Raya. “Anda buat, anda akan peroleh keberuntungan itu”.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk menghubungi Alpro ePharmacy atau lawati Alpro Pharmacy terdekat. Pasukan kami yang terdiri daripada ahli farmasi, pakar pemakanan, dan dietitian sedia membantu dan memberikan sokongan.