Takut jarum adalah salah satu punca utama pesakit kencing manis enggan mengambil insulin.
Tetapi tahukah anda ada cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan rasa sakit?
1. Pastikan insulin berada dalam suhu bilik
Sebelum anda mencucuk insulin, keluarkan insulin dari peti sejuk dan letakkan pada suhu bilik. Ini adalah kerana insulin akan menyebabkan kesakitan jika terlalu sejuk.
2. Pilih jarum yang sesuai
Jarum insulin terdapat beberapa saiz, jadi untuk mengurangkan rasa sakit, pilih saiz jarum yang sesuai. Semakin nipis jarum, semakin kurang rasa sakit.
Terdapat empat jenis jarum yang biasa digunakan untuk suntikan: 4mm, 5mm, 6mm, dan 8mm.
3. Kedalaman suntikan yang betul
Insulin perlu disuntik ke dalam tisu bawah kulit. Jika suntikan terlalu dalam ke dalam otot, insulin akan cepat diserap dan menyebabkan hipoglikemia dengan mudah. Suntikan hingga ke otot juga akan menambah lagi kesakitan. Jika suntikan kurang dalam pada kulit, ia akan menjejaskan tempoh insulin berfungsi.
Jarum 4mm boleh terus menembusi tisu bawah kulit untuk memastikan penyerapan ubat yang stabil, tidak perlu mencubit kulit, dan boleh disuntik secara menegak 90 darjah dengan satu tangan.
Jika menggunakan jarum 8mm, picit kulit di tempat suntikan dengan jari anda.
Pilih jarum dengan diameter yang lebih kecil dan mata yang lebih tajam untuk mengurangkan kesakitan semasa suntikan dan meningkatkan keselesaan.
Selepas menyuntik insulin ke dalam tisu bawah kulit, tunggu selama 10 saat dahulu sebelum menarik jarum keluar dari kulit.
4. Jangan gunakan jarum yang sama
Penggunakan semula jarum yang telah digunakan sebelumnya boleh membengkokkan atau menumpulkan jarum dan akan menyebabkan sakit, pendarahan dan lebam, malah jarum juga boleh patah. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan tambahan lemak bawah kulit, keradangan atau jangkitan.
5. Pilih tapak suntikan yang terbaik untuk penyerapan insulin yang lebih baik
Kadar penyerapan: Perut > lengan atas > peha, punggung
Putaran tapak suntikan boleh mencegah “lipohypertrophy”, keradangan atau jangkitan.
Sebagai contoh, pesakit boleh membahagikan perut kepada empat bahagian dengan pusat sebagai tanda, dan menyuntik insulin secara bergantian. Untuk penyerapan insulin yang lebih baik, pesakit disyorkan untuk menyuntik di bahagian yang sama pada masa yang ditetapkan setiap hari
Jarak antara tempat suntikan seterusnya dan tapak suntikan terakhir hendaklah pada jarak > 1cm (1 jari), elakkan suntikan berhampiran pusat, kerana jenis tisu di kawasan ini akan menyebabkan penyerapan insulin kurang stabil.
Teknik suntikan yang betul boleh mengurangkan komplikasi suntikan seperti “lipohypertrophy” dan memastikan penyerapan insulin yang stabil.