health

Selalu Berdepan Komputer? 5 Petua Penting Yang Anda Patut Tahu Untuk Menjaga Kesihatan

By Alpro Pharmacy

February 20, 2018

Kemajuan industri dan teknologi pada zaman ini telah banyak mengubah cara kita menjalani kehidupan seharian. Cara bekerja sekarang seolah-olahnya tidak dapat dipisahkan dengan telefon ataupun komputer. 

Apakah 5 Petua Penting di Pejabat untuk Menjaga Kesihatan Tanpa Menjejaskan Produktiviti Bekerja?

1.    Berdiri

Pastikan 25% daripada masa anda duduk di tempat kerja ditukarkan kepada berdiri. Ini bukan sahaja boleh menghilangkan rasa lenguh badan, ia juga boleh mengempiskan perut.

Tips pintar: Seandainya anda perlu menggunakan komputer, tinggikan lah “keyboard” dengan meja kecil untuk menyenangkan anda berkerja sambil berdiri.

2.    Teknik “Pomadoro”

Fokus 25 minit berkerja dan ambil masa 5 minit untuk berjalan-jalan ataupun minum air. Ini bukan sahaja meninggikan produktiviti kerja, ia juga membantu mata anda berehat.

 

3.    Buat gerakkan dagu

Selalu rasa masam di leher? Kebanyakkan kalinya anda mungkin meletakkan tekanan berlebihan pada leher dan tulang belakang sewaktu membongkok untuk menaip.

Buat gerakkan dagu untuk melegakan tegangan pada otot di leher dan bahu.

StiffNeck-2

 
Making Time to Relax_3
 
bigstock-Young-businesswoman-with-neck--53036983
 

4.    Diet yang lebih tinggi anti-oksida

Buah-buahan seperti Beri memberikan vitamin C untuk menjaga imunisasi badan. Pada waktu yang sama, anda turut boleh mengambil Omega 3 untuk mengurangkan keradangan badan!

Untuk pengetahuan anda, omega 3 tidak boleh dijanakan secara semula jadi dalam badan.

5.    Pandang Jauh & Pandang “Hijau”

Senaman mata sebenarnya tidak susah, penglihatan jauh ataupun memandang kawasan hijau boleh menenangkan kelesuan mata. 

9fc915e0ccd7ffa2b187bbccdf8e47a5a85cdb34

 
DEcrJPrXcAASBH8
 
pexels-photo-112571
 

Akhirnya, janganlah meneliti skrin telefon secara berpanjangan terutamanya pada waktu malam ataupun kawasan gelap. Ia amat memenatkan dan mampu merosakkan penglihatan anda. 

Generate Cart URL
Whatsapp