health

Puasa dan Inhaler: Apa Yang Anda Perlu Tahu

By Alpro Sugi

March 14, 2025

Adakah inhaler membatalkan puasa?

Jawapannya:

Tidak. Menurut ulama, termasuk pandangan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan JAKIM, penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa kerana ubatnya terus ke paru-paru, bukan ke perut seperti makanan atau minuman.

Adakah Perlu Laraskan Masa Penggunaan apabila berpuasa?

Gunakan Inhaler pencegahan semasa sahur dan selepas berbuka. Ini memastikan ubat berfungsi sepanjang hari tanpa mengganggu puasa.

Kekal sihat untuk ibadah yang tenang dan dengan rawatan teratur, anda dapat beribadah tanpa risau tentang kesihatan.

Ada tak tips Teknik Penggunaan Inhaler?

Ramai pesakit, walaupun sudah lama menggunakan inhaler, masih melakukan kesilapan. Teknik yang salah bukan sahaja mengurangkan keberkesanan ubat, malah boleh menyebabkan ubat tertinggal di mulut atau tekak. Selain itu, teknik nafas yang digunakan juga bergantung kepada jenis inhaler yang anda gunakan. Berikut adalah perbezaannya:

Teknik Betul, Rawatan Berkesan

Dengan teknik yang tepat, ubat akan sampai ke paru-paru untuk kawalan optimum.

Dapatkan Nasihat Profesional

Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi tentang jadual dan teknik yang sesuai untuk rawatan anda. Keperluan setiap pesakit adalah berbeza, dan mereka boleh membantu memastikan rawatan anda terbaik sepanjang Ramadan.

Kesihatan adalah Amanah

Inhaler tidak membatalkan puasa, jadi jangan ragu untuk menggunakannya jika perlu. Dengan persediaan yang betul, anda boleh berpuasa dengan sihat, tenang, dan yakin.

Rujukan

Tahaqi Al-Masa’il Siri Ke-4: Polemik Inhaler: Satu Penjelasan Tuntas oleh Pejabat Mufti WP Kuala Lumpur
Panduan Berpuasa Bagi Pesakit oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Generate Cart URL