Ikatan hubungan yang paling berharga di antara ibu dan anak yang baru lahir adalah melalui penyusuan. Tidak dinafikan menyusukan bayi adalah salah satu cabaran terutamanya ketika beberapa bulan pertama.
Kesukaran yang dialami oleh seorang ibu adalah untuk mengetahui sama ada bayi sudah cukup makan atau pon tidak .Jadi, ibu terpaksa berada dalam kedudukan dan postur yang sama untuk tempoh yang lama. Setiap kali menyusu mengambil masa 15-20 minit dan lebih kurang 12kali sehari. Kebiasaannya ,para ibu akan mengalami ketidakselesaan disebabkan oleh kedudukan postur badan yang tidak betul seperti membungkuk dan menunduk . Postur badan yang tidak betul menyebabkan tekanan pada leher dan otot bahagian atas bahu sewaktu kita menunduk.
Dalam artikel ini, kita akan menjelaskan cara untuk mengekalkan postur yang baik ketika menyusu, dan senaman yang sesuai boleh dilakukan oleh ibu untuk mengurangkan sakit.
Postur Semasa Menyusukan Bayi
Gambar 1: Tiada bantal untuk sokongan
Gambar 2: Menggunakan bantal untuk sokongan
Postur yang baik boleh membantu mengelakkan ketidakselesaan yang dialami oleh ramai ibu yang menyusukan bayi, seperti sakit belakang, leher, dan bahu. Dengan postur badan yang betul dapat mengurangkan keletihan dan ketegangan otot. Serta menjadikan pengalaman penyusuan lebih selesa dan menyeronokkan untuk kedua-dua ibu dan anak.
Penerangan :Pastikan ibu duduk tegak dan letakkan bantal untuk menyokong belakang ibu supaya selesa. Bahagian leher dan bahu haruslah sentiasa tegak dan jangan membongkok. Elakkan selalu tunduk merenung bayi terlalu lama dan leher haruslah dalam posisi neutral. Letakkan bantal di atas paha ibu bagi merapatkan bayi ke dada ibu dan mengelakkan ibu membongkok.
Senaman Untuk Ibu Menyusu
Gambar 3: Tarik nafas panjang melalui hidung dan perut mengembang
Gambar 4: Hembus nafas perlahan lahan melaui mulut
Pernafasan (Deep Breathing)
Setelah ibu selesai menyusukan bayi, digalakkan untuk melakukan senaman pernafasan dimana ibu perlu bernafas dari dalam. Tarik nafas panjang melalui hidung dan pastikan perut mengembang. Tahan sehingga 5 saat dan hembus nafas perlahan lahan melalui mulut dalam kiraan 6saat. Ulang sebanyak 5 kali.
Kelebihan senaman pernafasan dapat membantu ibu lebih tenang dan melembutkan otot yang tegang terutamanya di bahagian leher, bahu dan juga pinggang. Teknik pernafasan ini juga dapat membantu mengembangkan paru- paru dan mengurangkan stres di kalangan ibu menyusu.
Senaman Regangan
Gambar 5: Tarik kepala ke arah tepi yang bertentangan, tahan 15 saat.
Gambar 6: Tarik kepala ke tepi and ke bawah yang bertentangan, tahan 15 saat.
Kelebihan senaman regangan dapat membantu meregangkan otot dan melonggarkan sendi. Selain itu, Senaman regangan boleh mengurangkan kesakitan pada otot dan membantu melancarkan perjalanan darah.
Penerangan: Bengkokkan kepala ke arah tepi yang bertentangan dan tahan selama 15 saat. Kembali pada kedudukan asal. Ulang sebanyak 10 kali (gambar 5). Bengkokkan kepala ketepi dan ke bawah yang bertentangan , tahan 15 saat. Kembali pada kedududkan asal. ulang sebanyak 10 kali.(gambar 6). Tujuan senaman regangan ini untuk mengurangkan ketegangan otot dibahagian leher.
Gambar 7: Regangkan tangan ke depan dan punggung letak di atas tumit. tahan 15 saat.
Gambar 8: Berdiri pada bucu dinding, depakan tangan dan badan ke depan, tahan 15 saat.
Penerangan : Duduk melutut turunkan punggung ke bawah sehingga kaki, dan regangkan tangan ke depan. Tahan 15 saat dan ulang 10 kali (gambar 7). Berdiri pada bucu dinding, kaki bengkok kedepan dan depakan tangan ke tepi. Pastikan siku rapat pada dinding, tahan 15 saat dan ulang sebanyak 10 kali (gambar 8). Tujuan senaman ini untuk mengurangkan ketegangan pada otot dada dan membantu membetulkan postur.
Senaman Mobiliti
Gambar 9: Angkat tangan pada paras dada, pusingkan badan ke arah kiri dan kanan ulang pengerakan sebanyak 10 kali.
Gambar 10: Angkat tangan ke atas, gerakan badan ke arah kiri dan kanan, ulang pengerakan sebanyak 10 kali.
Senaman mobiliti bertujuan membantu untuk meningkatkan pergerakan badan, mengurangkan sakit bahu dan juga belakang. Tambahan lagi dapat membantu meningkatkan fleksibiliti badan dan keanjalan otot.
Senaman Kuatkan Otot
Gambar 11: tarik getah ke arah badan, tahan 10 saat dan ulang 10 kali
Gambar 12: Angkat tangan ke tepi, ketatkan otot belikat, tahan 10 saat dan ulang 10 kali
Manfaat utama senaman kekuatan otot adalah dapat menguatkan otot dan memperbaiki postur badan dengan lebih baik. Selain daripada itu, otot yang kuat dapat mengurangkan tekanan pada tulang belakang dan melindungi dari risiko kecederaan otot dan sendi.
Penerangan : Duduk dengan luruskan kaki ke depan, Tarik getah kearah badan. Pastikan siku bengkok dan rapat ke badan, tahan 10 saat ulang 10 kali (gambar 11). Angkat tangan ke tepi, buka dada dan siku bengkok 90°. Ketatkan otot belikat tahan 10 saat dan ulang 10 kali (gambar 12).
Gambar 13: berdiri di hadapan dinding, letakkan tangan atas dinding.
Gambar 14: Bengkokkan tangan, bawa badan ke hadapan, tahan 10 kali, ulang sebanyak 10 saat.
Penerangan: Berdiri di hadapan dinding dan letakkan dua belah tangan atas dinding. Bengkokkan tangan dan bawa badan ke hadapan, tahan 10 saat ulang sebanyak 10 kali
Kesimpulannya, penjagaan postur perlu diambil serius pada awal kehamilan lagi bagi mengelakkan ketidakselesaan dan kecederaan pada ibu. Digalakkan untuk melakukan senaman secara konsisten agar ibu dan anak dapat menjalani proses menyusu dengan baik. Jika terdapat sebarang soalan atau kemusykilan, boleh terus berjumpa doktor atau ahli fisioterapi untuk mendapatkan nasihat dengan lebih lanjut. Semoga bermanfaat.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk menghubungi Alpro ePharmacy atau lawati Alpro Pharmacy terdekat. Pasukan kami yang terdiri daripada ahli farmasi, pakar pemakanan, dan dietitian sedia membantu dan memberikan sokongan.