health

Penjagaan Kesihatan Untuk Ibu-Ibu Yang Disayangi

By Alpro Pharmacy

February 8, 2018

Pernahkah anda mengambil berat masalah kesihatan yang biasa dihadapi oleh para ibu yang bersusah payah demi kebahagian keluarga?

Berikut adalah beberapa masalah kesihatan yang kerap dihadapi oleh para ibu:

Osteoporosis

Kajian menunjukkan seorang bagi 4 orang rakyat di Malaysia, mengalami masalah kerapuhan tulang (osteoporosis). Osteoporosis biasanya dikaitkan dengan ibu mengandung, pengambilan kopi atau minuman manis bergas yang berlebihan, kekurangan pengambilan makanan berunsur tunusu, proses menopaus, selain daripada jisim badan penduduk Asia yang kecil. Penyakit ini sukar untuk dikesan kerana tidak menunjukkan sebarang symptom pada peringkat awal dan kebiasaannya hanya diketahui pesakit ketika ianya sudah serius, lebih-lebih lagi sekiranya terjatuh, di mana pesakit mudah terdedah kepada masalah patah tulang.

Selain daripada memastikan pengambilan susu dan tablet kalsium setiap hari secara konsisten, ahli farmasi mencadangkan agar pemeriksaan tulang dilakukan setiap tahun. Malangnya, kebanyakan orang tidak mengetahui keperluan vitamin K2 yang terkandung dalam suplemen kalsium. Sebenarnya, tidak semua suplemen mengandungi vitamin K2, di mana ianya memastikan kalsium diserap secara efisien oleh tulang. Ini mengelakkan daripada kalsium terkumpul di bahagian otot ataupun buah pinggang.

Masalah Hipotiroid

Kebanyakan orang beranggapan penyakit tiroid biasanya dikaitkan dengan pembengkakan leher, namun ianya adalah tidak benar. Kebiasaannya, bagi orang yang baru sahaja bersalin, perubhan hormone boleh menyebabkan penyusutan saiz kelenjar tiroid. Ini mengakibatkan peningkatan berat badan, keguguran rambut, kekeringan kulit dan mudah berasa lesu.


Sakit Sendi / Osteoarthritis

Bagi kaum ibu terutamanya aktiviti seperti mendukung anak sambil mengemas rumah dan naik turun tangga adalah normal. Namun ini akan menyebabkan pengurangan bendalir di antara sendi, seterusnya mengakibatkan kesakitan dan keradangan di sendi kerana peningkatan geseran di bahagian tersebut.

Glucosamine adalah suplemen yang kerap diambil bagi mengatasi masalah ini, namun ia kurang sesuai bagi golongan yang mempunyai alahan terhadap makanan laut, masalah paras gula tidak stabil, dan gastrik. Bagi golongan tersebut, suplemen yang diperbuat daripada selaput putih telur adalah lebih sesuai.

Kasihi ibu anda! Bawalah mereka untuk pemeriksaan badan yang menyeluruh untuk tujuan penjagaan kesihatan.

Generate Cart URL
Whatsapp