health

“Mindful Movement” Petua Efektif dari Ahli Fisioterapi Sewaktu Rasa Panik

By Alpro Pharmacy

May 6, 2024

Perubahan zaman dan aktiviti sosial masyarakat kini telah membangkitkan isu kesihatan mental di Malaysia. Menurut statistik, 1 daripada 3 rakyat Malaysia mempunyai masalah kesihatan mental. Malah, peratusan tinggi juga dicatatkan dalam kalangan remaja dan belia.

Bertitik tolak daripada isu tekanan atau stres, depresi, serangan panik dan banyak lagi, kajian-kajian telah dijalankan bagi mencari solusi, langkah-langkah pencegahan, ubat-ubatan dan rawatan yang bersesuaian. Hasilnya, terdapat banyak dapatan kajian yang  mengaitkan keberkesanan aktiviti fizikal dengan kesihatan mental.

Senaman Minda Fokus atau dalam bahasa inggrisnya dipanggil Mindful Movement bermaksud pergerakan atau senaman yang memerlukan kita memberikan sepenuh perhatian dan fokus kepada setiap detail pergerakan dan persekitaran contohnya seperti yoga, qigong dan tai chi. Namun, senaman minda fokus ini tidak terhad kepada 3 senaman itu sahaja. Dalam fisioterapi, senaman kawalan pernafasan dan regangan juga boleh membuatkan minda dan tubuh badan berkomunikasi sekaligus memberikan efek pengurangan tekanan.

Teknik “Box Breathing”

Dalam konteks fisioterapi, pernafasan kotak atau “box breathing” boleh menjadi teknik yang berguna untuk mengendalikan tekanan darah, mengurangkan kecemasan, dan menggalakkan relaksasi. Ia amat berguna sewaktu anda rasa panik dan tidak memerlukan apa-apa peralatan. Pernafasan yang terkawal dan berirama mempunyai kesan menenangkan pada sistem saraf, yang membolehkan tubuh untuk berada dalam keadaan yang lebih relaks. Ini dapat membantu pesakit mengurangkan kesakitan dan meningkatkan pemulihan dalam proses pemulihan fizikal.

“Box Breathing” sangat mudah untuk dipelajari dan diamalkan. 

  1. Hembuskan nafas selama empat saat.
  2. Terus tahankan nafas selama empat saat.
  3. Tarik nafas selama empat saat.
  4. Tahan nafas dan rasai udara di dalam peparu anda selama empat saat. 
  5. Ulang langkah 1-4 selamat 4 kali. 

Teknik “Belly Breathing” sebelum tidur

Pernafasan perut atau “belly breathing” adalah teknik pernafasan yang menekankan penggunaan diafragma untuk menghasilkan pernafasan yang lebih mendalam dan efektif. Pernafasan ini sering digunakan dalam terapi pemulihan, terutamanya bagi individu yang mengalami kesulitan pernafasan, tekanan, atau ketegangan otot.

Pernafasan perut membolehkan seseorang untuk mengambil nafas yang lebih dalam, membolehkan lebih banyak oksigen masuk ke dalam tubuh. Ini penting dalam pemulihan fizikal, kerana oksigen yang mencukupi adalah penting untuk penyembuhan tisu dan kesihatan sel. Pernafasan perut secara semulajadi merangsang sistem saraf parasimpatetik, yang bertanggungjawab untuk merangsangkan reaksi relaksasi dalam tubuh. Dengan demikian, amalan pernafasan perut dapat membantu dalam menenangkan tubuh dan meningkatkan keadaan keseluruhan.

Pernafasan Memainkan Peranan Penting Sebagai Titik Fokus

Pernafasan sering dianggap sebagai tindakan automatik yang dilakukan tanpa banyak pemikiran. Namun, dalam konteks “mindful movement” atau pergerakan yang sedar, pernafasan memainkan peranan penting sebagai titik fokus yang membantu menghubungkan minda dan badan. 

Kunjungilah ahli fisioterapi anda untuk mendapatkan preskripsi “mindful movement” yang paling membantu untuk anda mengembalikan kesihatan fizikal dan mental. Dalam keadaan kehidupan yang penuh dengan tekanan dan cabaran, penting untuk mengambil berat tentang kesihatan mental kita dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek kesadaran diri yang mendalam.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk menghubungi Alpro ePharmacy atau lawati Alpro Pharmacy terdekat. Pasukan kami yang terdiri daripada ahli farmasi, pakar pemakanan, dan dietitian sedia membantu dan memberikan sokongan.

Generate Cart URL
Whatsapp