food

health

Makanan yang dapat tingkatkan Minda & Fokus Si Manja

By Alpro Pharmacy

March 28, 2023

Sebagai ibu bapa, ramai yang risau jika anak tidak dapat fokus di dalam kelas atau ketinggalan dalam pelajaran berbanding anak-anak lain. Setiap ibu bapa pasti akan mencari penyelesaian untuk masalah anak.

Di sini saya ingin berkongsi tentang makanan yang dapat meningkatkan daya ingatan dan fokus kanak-kanak.

1. Ikan

Ikan kaya dengan asid lemak omega 3 yang terdiri daripada DHA dan EPA. DHA dan EPA adalah makanan penting untuk pertumbuhan dan fungsi otak yang sihat. Lebih kurang 60% daripada otak adalah lemak, jadi badan menggunakan asid lemak omega-3 untuk membantu dalam perkembangan neurologi dan melindungi otak daripada hilang ingatan dan penurunan fungsi ingatan.

Selain daripada ikan, sumber Algae juga mengandungi omega 3 yang dapat berfungsi dalam perkembangan otak.

2. Telur dan soya

Telur dan soya mengandungi phosphatidylserine. Phosphatidylserine diambil untuk mencegah masalah hilang ingatan dan kemerosotan mental yang mungkin berlaku apabila anda semakin tua. Beberapa kajian mencadangkan bahawa ia boleh meningkatkan daya ingatan anda.

Ia juga boleh dikatakan sebagai ‘bahan binaan’ untuk sel-sel otak.

3. Kekacang

Kacang juga merupakan salah satu makanan yang baik untuk otak. Kacang terutamanya walnut mempunyai protein dan lemak yang baik untuk perkembangan otak. Kajian 2015 dari Universiti of California, Los Angeles (UCLA)  mengaitkan pengambilan walnut yang lebih tinggi kepada skor ujian kognitif yang lebih baik. Walnut mengandungi sejenis asid lemak omega-3 yang tinggi yang dipanggil asid alfa-linolenik (ALA).

4. Sayur-sayuran hijau

Sayuran berdaun seperti kangkung, bayam, kailan dan brokoli kaya dengan nutrien yang menyihatkan otak seperti vitamin K, lutein, folat dan beta karotena. Penyelidikan mencadangkan makanan berasaskan tumbuhan ini boleh membantu melambatkan penurunan funsi kognitif.

5. Buah-buahan beri

Kajian menunjukkan kajian selular, haiwan dan manusia mengesahkan bahawa beri seperti beri biru, beri hitam, cranberi dan strawberi memberi manfaat kepada otak dalam beberapa cara.Pertama, kandungan antioksidan yang tinggi pada buah beri membantu melindungi sel-sel otak daripada kerosakan oleh radikal bebas yang berbahaya, yang terlepas di dalam badan melalui proses “pengoksidaan.” Kedua, dapat membantu mengubah cara neuron dalam otak berkomunikasi antara satu sama lain. Perubahan ini boleh menghalang keradangan yang boleh menyebabkan kerosakan sel otak dan dengan itu meningkatkan kawalan pergerakan dan fungsi.

Kajian menunjukkan bahawa 50% kecerdasan otak diperoleh daripada genetik, manakala 50% lagi daripada faktor lain, termasuk persekitaran kanak-kanak. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan kognitif anak-anak. Oleh itu, adalah penting untuk menyediakan anak-anak anda dengan nutrien yang penting untuk meningkatkan daya ingatan dan fokus.

Adakah anda tahu bahawa 90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku sebelum umur 5 tahun dan 10% selepas umur 5 tahun? Sungguh luar biasa melihat Si Manja membesar dan mengambil langkah ke arah belajar dan menemui dunia. Kadang-kadang agak sukar untuk ibu bapa memberi nutrien yang cukup melalui pemakanan. Jika anda sedang mencari suplemen untuk ingatan Si Manja, ini adalah pilihan yang baik untuk mencuba GKB Kids Star.

GKB Kids Star

Generate Cart URL
Whatsapp