food

health

Kelebihan Halia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Alpro Pharmacy

July 16, 2017

Teh Halia adalah salah satu minuman popular di kalangan rakyat Malaysia, namun tahukah anda ia mungkin mempunyai interaksi dengan ubatan anda? Halia biasa ditemui Asia Utara dan digunakan sejak beratusan tahun dahulu. Ia bukan sahaja diguna dalam pemakanan, ia juga diimplikasi dalam perubatan alternatif dan tradisional.

Bagaimana Memilih Teh Halia Yang Sesuai Untuk Anda?

1) Halia, terutamanya halia tua berasa pedas dan mungkin akan mengakibatkan ketidakselesaan perut. Oleh itu, anda boleh memilih produk yang mengandungi gula perang yang mampu meneutralkan rasa halia serta membawa aroma yang harum untuk minuman anda. Gula perang mempunyai kandungan mineral yang lebih banyak daripada gula pasir. Banyak yang berfikiran teh halia hanya boleh diminum secara panas kerana ia membantu pemanasan dari dalam badan. Sebenarnya, teh halia juga boleh dinikmati secara sejuk, ataupun ditambah dengan madu, peppermint ataupun lemon.

2) Pilih teh halia yang bebas daripada kafein. Walaupun kandungan dalam teh adalah jauh lebih rendah daripada kopi, namun golongan yang sensitif akan kafein boleh mengalami migraine ataupun denyutan jantung yang lebih tinggi apabila mengambil kafein. Secara amnya, adalah disyorkan untuk mengambil teh halia pada waktu sebelah pagi untuk mengelakkan ia mempengaruhi kualiti tidur anda.

Halia Muda Memang Berbeza Dengan Halia Tua?

Ramai yang bertanya-tanya adakah halia yang lebih pedas adalah lebih bagus untuk kesihatan.

Halida Muda:

  • Lebih manis, berjus
  • Lebih digunakan dalam masakan

Halia Tua:

  • Lebih pedas dan banyak serat
  • Kandungan aktif gingerol lebih banyak dan mampu memanaskan badan, mengurangkan kesakitan.

 

Bagaimanakah Teh Halia Memanfaatkan Anda?

1) Teh halia mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti potassium, magnesium, vitamin B6 dan vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan keseluruhan. Teh halia amat disarankan untuk mengurangkan masalah sistem penghadaman seperti masalah angin disebabkan oleh gastrik, pedih ulu hati, muntah, pening, dan kurang selera makan. Apabila dalam perjalanan jauh, teh halia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan dan mabuk perjalanan.

2) Kandungan halia (gingerol) juga amat terkenal dengan sifat anti-radang dan amat sesuai digunakan bagi individu yang mengalami masalah keradangan otot ataupun sakit sendi. Wanita mengalami kesakitan ketika datang haid boleh cuba melegakan kesakitan melalui pengambilan halia. Suatu kajian dari University of Miami memutuskan bahawa halia mengurangkan kesakitan sendi sebanyak 40 peratus jika dibandingkan dengan plasebo.

3) Seperti yang anda maklum,pengaliran darah yang lancar diperlukan oleh tubuh badan untuk menyalurkan nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Terutama bagi golongan yang selalu mengalami kesejukan tangan serta kaki pada waktu pagi, minuman teh halia dapat meningkatkan kadar metabolisma serta pengaliran darah.

4) Sekiranya anda berada dalam keadaan stress yang mengakibatkan masalah seperti migrain, teh halia yang kaya dengan anti-oksida dapat menguatkan sistem pertahanan badan serta menenangkan fikiran. Kandungan aktif dalam halia juga membantu melawan bakteria, fungi ataupun virus di persekitaran kita.

Bolehkah Anda Mengambil Teh Halia Dengan Ubat-Ubatan?

Walaupun halia mempunyai pelbagai khasiat kesihatan, amatlah disarankan supaya ia diambil dengan sederhana. American Diabetes Association 2014 menyatakan bahawa halia boleh meningkatkan penyerapan guala ke dalam sel otot lalu menurunkan paras gula dalam darah. Oleh itu, janganlah mengambil teh halia pada masa yang sama dengan ubat-ubatan kencing manis bagi mengelakkan peristiwa “hypo”. Bukan itu sahaja, kandungan halia juga mampu mencairkan darah apabila diambil dalam dos yang tinggi, ataupun bagi golongan yang juga mengambil ubatan cairkan darah seperti aspirin. Jumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda sekiranya anda mendapati tanda-tanda pendarahan seperti lebam-lebam tanpa punca, gusi berdarah, najis berdarah ataupun luka yang tidak berhenti berdarah.

Ia tidak dinafikan bahawa halia mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan kita. Selain daripada mengambil halia bersama teh anda boleh mengambilnya dalam bentuk supplemen atau minuman kesihatan. Supplemen ini mengandungi 7 jenis herba termasuk 2 jenis halia. Supplemen GKB An Zhong San akan mengurangkan masalah sistem penghadaman seperti masalah angin yang disebabkan oleh gastrik.

GKB An Zhong San is a traditional medicine that helps to relief flatulence.

Generate Cart URL
Whatsapp