Ibu yang menyusukan bayi: Berhati-hati dengan Ubat-ubatan Biasa Ini
By Alpro Pharmacy
July 17, 2024
SHARE:
Bagi setiap Wanita yang bergelar Ibu, proses penyusuan adalah satu yang indah tetapi dalam masa yang sama ianya adalah tempoh yang mencabar. Setiap pengambilan makanan Ibu secara tidak langsung akan diambil oleh bayi melalui susu ibu. Oleh itu, ibu haruslah berhati-hati dalam setiap pengambilan makanan terutamanya ubat-ubatan.
Ubat-ubatan adalah penting untuk menyembuhkan, menghentikan, atau mencegah penyakit, meredakan gejala, atau membantu dalam diagnosis penyakit. Namun begitu, bagi ibu menyusu , ada beberapa ubat yang biasa kita makan adalah tidak sesuai bag mereka. Bagi memastikan keselamatan bayi, berikut adalah beberapa jenis ubat yang wajib ibu menyusu tahu.
Ubat Tahan Sakit
Ianya adalah diantara ubat yang biasa diperlukan untuk tahan sakit seperti sakit badan dan demam .Tetapi bukan semua ubat tahan sakit adalah selamat untuk diambil oleh ibu menyusu. Contohnya Arcoxia (etoricoxib) , Indocin (indomethacin) dan Mobic (meloxicam ) yang dalam kategori jenis NSAIDs.Ubat ini lebih mengundang bahaya dari memberi kebaikan kepada ibu menyusu. Ianya didapati ubat-ubat ini boleh dikesan dalam susu ibu, secara tidak lansung bayi juga menerimanya dari susu dan ianya adalah bahaya kepada bayi.Ada banyak lagi ubat yang boleh bantu ibu merasa selesa dan kurang sakit tetapi elakkan ambil ubat jenis diatas .
Ubat Tahan Muntah Dan Pening Kepala
Promethazine adalah ubat yang sering digunakan sebagai tahan muntah dan pening kepala. Selain itu, ianya juga kadang-kala digunakan untuk rawatan anti-alergik terutamanya ketika terkena kondisi Utikaria selepas terkena habuk, debunga mahupun tersalah makan.Kesan mengantuk daripada pengambilan ubat ini boleh diterima oleh bayi melalui menyusu dan dikhuatiri membuatkan bayi kurang aktif. Keadaan ini mungkin boleh menyebabkan bayi yang mengantuk kurang untuk bangun menyusu dan memberi kesan kepada pertumbesaran mereka. Selain itu promethazine juga boleh mengurangkan penghasilan hormon prolaktin yang sangat penting untuk proses pembuatan susu ibu. Oleh itu ubat ini juga memberi kesan kurang penghasilan susu ibu.
Ubat Susut Bengkak
Kegunaan ubat ini banyak diperlukan ketika ada radang atau seperti bengkak gusi dan radang di bahagian tekak yang menyebabkan sakit tekak dan lain-lain. Namun begitu bukan semua jenis susut bengkak adalah berbahaya. Anda perlu berhati-hati dengan ubat surut bengkak yang mempunyai bahan aktif seperti lysozyme dan serratiopeptidase kerana tiada maklumat yang mencukupi untuk kegunaan ubat ini ketika hamil dan menyusu kan bayi. Oleh itu adalah lebih selamat untuk dielakkan pengambilannya
Ubat Batuk Dan Kahak
Batuk adalah simptom sebagai tindak balas semula jadi badan untuk menyingkirkan kuman dan bendasing. Ia dapat mengelakkan jangkitan dari saluran pernafasan daripada masuk ke paru-paru. Namun, tindakbalas ini kadang-kadang menghasilkan lendir dan kahak yang menyebabkan ibu menyusu tidak selesa. Tetapi, ibu menyusu perlulah mengelakkan sesetengan ubat seperti cloperastine yang mengurangkan batuk, dan ubat cair kahak seperti carbocisteine dan ambroxol kerana tidak ada maklumat mencukupi untuk digunakan pada ibu hamil dan menyusukan bayi.
Ubat Selsema Dan Hidung Tersumbat
Seterusnya ubat yang kebiasaannya boleh anda perolehi dari farmasi tetapi perlu elakkan adalah diphenhydramine iaitu salah sejenis antihistamin yang generasi lama, selalunya digunakan untuk batuk berkahak dan selesema. Ubat selsema untuk menangani hidung tersumbat yang mengandungi pseudoephedrine juga perlu dielakkan.Pastikan anda periksa dahulu kandungan ubat selsema atau campuran ubat batuk dirumah anda kerana ianya biasa digunakan dalam ubat-ubat ini.
Benarkah mitos yang kerap kali kita dengar tentang ibu menyusu tidak boleh ambil semua jenis ubat? Jawabannya adalah TIDAK, banyak lagi ubat yang selamat dan boleh digunakan sebagai ganti untuk ibu menyusu. Bagi mengetahui kategori keselamatan ubat bagi ibu menyusu , anda boleh mendapatkan nasihat dan saranan oleh doktor dan ahli farmasi anda. Mereka lebih arif dalam menentukan ubat mana yang lebih sesuai untuk diambil . Dalam masa yang sama , mereka boleh juga berikan pandangan profesional untuk membantu penyembuhan anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk menghubungi Alpro ePharmacy atau lawati Alpro Pharmacy terdekat. Pasukan kami yang terdiri daripada ahli farmasi, pakar pemakanan, dan dietitian sedia membantu dan memberikan sokongan.