nd

Bulan Puasa, Bukan Bulan Tambah Berat: Panduan Wanita Modern

By Alpro Pharmacy

March 13, 2025

Puasa bukan sahaja ibadah, tetapi juga peluang untuk memperbaiki gaya hidup dan kesihatan. Bukan sahaja lelaki malahan para wanita berlumba – lumba untuk menurunkan berat badan sepanjang bulan puasa untuk pastikan baju raya muat dipakai semasa hari raya. 

Akan tetapi tidak kurang juga yang menghadapi kenaikkan berat badan akibat makanan berlebihan. Kajian menunjukkan sebanyak 0.4kg berat badan akan hilang semasa minggu keempat Ramadan. Namun, berat badan dan BMI akan bertambah semula dalam tempoh 2 hingga 3 minggu selepas Ramadan [1].  

Menariknya tidak semua sedar tentang hal ini.

Puasa tetapi berat bertambah?

Ramai wanita beranggapan bahawa Ramadan ialah masa terbaik untuk menurunkan berat badan. Hakikatnya, ini memang benar! Namun, sering kali berat badan yang hilang sepanjang bulan puasa akan naik semula – malah bertambah – apabila kembali ke gaya hidup biasa semasa Hari Raya.

Kenapa ini berlaku? Mudah sahaja

Pemilihan makanan yang tidak sihat:

Juadah berbuka seperti kuih muih manis, makanan bergoreng dan minuman bergula tinggi penyumbang kepada kalori tinggi.

Pengambilan makanan berlebihan:

Rasa lapar sepanjang hari sering menyebabkan kita mengambil makanan berlebihan ketika berbuka.

Kurangkan aktiviti fizikal:

Bagi mengelakkan keletihan, para wanita kurang melakukan aktiviti semasa puasa.

Apakah cara menangani masalah ini?

Optimumkan nutrisi anda sepanjang puasa bagi mendapatkan tenaga seharian dengan amalkan: 

1. Bijak Pilih Sahur: ‘Bahan Api’ untuk Tenaga Seharian

Kalau dulu lakukan ini

Pilih untuk tidak bersahur atau makan makanan ringan seperti biskut, mi segera atau kuih muih. Ini boleh menyebabkan keletihan yang cepat. 

Mulakan berbuka dengan air manis dan kuih – muih. Ini boleh menyebabkan kita berasa lebih lapar 

Sekarang lakukan ini

Pilih makanan yang memberikan tenaga berpanjangan seperti karbohidrat kompleks seperti roti gandum, oat dan nasi

Contoh Menu Sahur Superstar 🏆:

Overnight Oats: Susu rendah lemak + oat + chia seed + kurma. (2 minit sedia!)

Telur Dadar Sayur + 2 keping roti gandum penuh.

Mulakan dengan Kurma & Air: Ikuti sunnah, tetapi bijak – kurma memberi gula semula jadi untuk tenaga segera dan serat untuk elak ‘makan melampau’. Air membantu menghidrasi badan.

2. ‘Taming the Buffet Beast’: Strategi Berbuka Tanpa Terlebih Makan

Kalau dulu lakukan ini

Kurang mengambil makanan yang tinggi serat seperti sayur dan buah-buahan.  

Makan dengan hidangan yang besar.

Sekarang lakukan ini

Karbohidrat ‘Slow Release’ (Tinggi serat): Tukar nasi putih kepada nasi perang atau oat (yang mudah dimasak). Pilih ubi keledek atau roti bijirin penuh. Ini membantu untuk mengurangkan kadar kenaikkan gula dalam badan [2].

Kawal saiz hidangan dengan menggunakan pinggan kecil dan mengamalkan konsep suku – suku separuh. Ini membantu mengurangkan jumlah makanan yang diambil.  

3. Hidrat Sepanjang Malam: ‘Water-Clock Strategy’

Kalau dulu lakukan ini

Sekaligus minum banyak air sesama berbuka sahaja. 

Sekarang lakukan ini

Dehidrasi boleh menyebabkan rasa lemah, pening, dan lapar palsu semasa berpuasa. Jadi, penting untuk ‘mengejar air’ antara berbuka dan sahur.

Pecahkan 8 Gelas Air: Jangan minum semua sekaligus!

Cuba strategi ini:
-2 gelas semasa berbuka (selepas kurma).
-2 gelas selepas solat Maghrib/Isyak.
-2 gelas selepas terawih.
-2 gelas ketika sahur.

Kesimpulan

Ramadan bukan alasan untuk ‘terlepas pandang’ penjagaan kesihatan. Dengan pemilihan makanan bijak, jadual makan yang terancang, dan aktiviti fizikal ringan, anda bukan sahaja boleh menguruskan berat badan tetapi juga memastikan badan kekal sihat, bertenaga, dan awet muda.

Bulan Puasa, Bulan ‘Reset’ Gaya Hidup BUKAN tambah berat! Anda pasti boleh lakukannya. 🌙✨

Rujukan

Majid, A., Osama, M., Noman, M., Nisa, U., & Haider, I. (2023). Effect of Ramadan fasting on body weight and body mass index (BMI) in public sector undergraduate medical students of Peshawar. Pakistan Journal of Medical Sciences, 39(3), 662

Khoo, D. (2014, June 25). Fasting The Healthy Way This Ramadhan #HealthyRamadhan – Brian Lian Ding. The Malaysian Medical Gazette. 

Tang, D., Tang, Q., Huang, W., Zhang, Y., Tian, Y., & Fu, X. (2023). Fasting: from physiology to pathology. Advanced Science, 10(9), 2204487.

Generate Cart URL