health

Bolehkah ibu hamil mengambil kopi?

By Alpro Pharmacy

July 17, 2024

Sebelum kehamilan, minuman pagi seperti kopi, teh atau minuman lain dapat memberi kita tenaga untuk memulai hari baru dengan penuh semangat. Tetapi, sewaktu kehamilan, wanita hamil perlu memberi perhatian kepada diet mereka dengan lebih teliti terutama apabila minuman kegemarannya adalah kopi. Antara kebaikan kafein adalah, dapat menceriakan emosi dan membantu mengurangkan keletihan ketika hamil.

Namun demikian, ramai yang bimbang bahawa kafein boleh memberi kesan buruk kepada bayi. Oleh itu, adakah wanita hamil sebenarnya boleh menikmati secawan kopi?

Berapa banyak adalah terlalu banyak?

Kebanyakan orang mendapatkan kafein harian mereka melalui minuman, teh, atau kopi. Organisasi Kehamilan Amerika Syarikat (American Pregnancy Association) menyarankan setiap wanita hamil menghadkan pengambilan kafein harian mereka agar tidak melebihi 200 mg sehari, termasuk makanan lain yang mengandungi kafein. Tetapi, bagaimanakah wanita hamil tahu jika mereka telah mencapai had tersebut? Berikut merupakan kandungan kafein yang berbeza dalam makanan, bergantung kepada jenama dan cara pembuatan: 

1 tin minuman berkarbonat: sekitar 30 mg 

1 cawan teh: sekitar 50 mg 

1 tin minuman tenaga 250 ml: jangkaan sehingga 80 mg 

1 cawan kopi segera: sekitar 60 mg 

1 cawan kopi drip: sekitar 100 mg 

1 keping coklat hitam: sekitar 20 mg 

1 cawan kopi tanpa kafein: sekitar 2 mg 

1 cawan minuman coklat panas: sekitar 5 mg

Adakah kafein mempunyai kesan terhadap ibu hamil dan bayi?

Semasa hamil, proses metabolisme dan pembuangan kafein dari badan menjadi lebih lambat. Ini bermakna kafein yang diambil oleh wanita hamil mungkin akan kekal lebih lama dalam darah mereka. Plasenta menyalurkan nutrien dan oksigen kepada bayi melalui tali pusat, jadi apabila wanita hamil minum kopi atau minuman berkafein, bayi turut terdedah kepada kafein yang disalurkan dari ibu melalui plasenta.

Kajian menunjukkan bahawa ibu hamil yang mengambil kopi semasa mengandung berisiko menjejaskan ketumbesaran anak itu, berbanding dengan ibu hamil yang tidak mengambil kopi. Kafein juga boleh meningkatkan tahap katekolamin (Catecholamine)  dalam badan ibu hamil dan akan disalurkan kepada bayi melalui plasenta. Hal ini sangat berisiko untuk ibu hamil kerana peningkatan katekolamin (Catecholamine) boleh mengakibatkan  saluran darah menjadi sempit. Tambahan pula, ia boleh mengakibatkan pertumbuhan bayi terbantut, menyebabkan risiko kekurangan oksigen dalam rahim, dan meningkatkan kemungkinan kelahiran pramatang atau keguguran. Walaubagaimanapun, banyak kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan kafein dalam jumlah yang sederhana (kurang dari 200 mg sehari) tidak mendatangkan kesan sampingan.

Perkara-perkara yang Perlu Diperhatikan Semasa Menyusukan Bayi

Dalam konteks penyusuan susu ibu, pengambilan kafein juga turut memberi kesan kepada kesihatan bayi. Wanita hamil yang mengamalkan minum 10 cawan kopi atau lebih setiap hari dan menyusukan bayi berisiko menyebabkan bayi mereka mengalami gangguan tidur dan mudah gelisah. Wanita yang minum kopi melebihi 450 ml setiap hari semasa menyusu badan boleh menyebabkan kandungan zat besi dalam susu ibu menurun. 

Jadi, adakah pengambilan kafein semasa hamil akan mempengaruhi kualiti tidur bayi dalam tempoh tiga bulan pertama selepas kelahiran mereka? Satu kajian mendapati bahawa dalam kalangan hampir 900 orang wanita hamil yang mengambil kafein, bayi mereka tidak mengalami gangguan tidur dalam tempoh tiga bulan pertama selepas kelahiran. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa ibu yang mengambil kafein dan menyusu badan mempunyai hasil yang sama.

Kesimpulannya, ibu hamil boleh mengambil kafein dalam kuantiti yang bersesuaian, walaupun terdapat hasil kajian yang tidak konsisten.  Namun begitu ibu hamil disarankan supaya mengawal pengambilan kafein agar tidak melebihi 200 mg sehari. Kuantiti sebegini dianggap selamat dan tidak akan memberi kesan buruk kepada ibu hamil dan bayi. Sekiranya ibu hamil mempunyai keraguan mengenai pengambilan kafein semasa hamil, mereka disarankan untuk berjumpa doktor, pakar dietetik atau pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat yang betul mengenai pemakanan yang paling sesuai untuk ibu hamil dan bayi.

Tips: Langkah Pengambilan Kafein Secara Selamat Ketika Kehamilan

Berikut merupakan langkah pengambilan kafein secara selamat untuk ibu hamil.

  1. Memilih minuman yang rendah kafein atau tanpa kafein: Terdapat banyak kopi dan teh yang rendah kafein atau tanpa kafein di pasaran, pilihan ini lebih selamat.
  2. Mengawal jumlah yang diambil: Jika ingin minum kopi, pilihlah saiz cawan yang kecil untuk mengurangkan kadar pengambilan kafein.
  3. Mencuba pelbagai minuman: Gantikan minuman yang mengandungi kafein dengan teh, buah, susu, atau jus. Minuman ini tidak hanya menyenangkan dengan rasa yang enak, tetapi juga mempunyai kandungan kafein yang lebih rendah.

Ingat, mengandung adalah satu fasa yang sangat istimewa. Ibu hamil perlu memberi perhatian khas kepada tabiat pemakanan yang baik agar mereka dan bayi dapat melalui fasa ini dengan sihat dan gembira! Semoga artikel ini membantu ibu hamil memahami dengan lebih baik kesan pengambilan kafein semasa mengandung. 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk menghubungi Alpro ePharmacy atau lawati Alpro Pharmacy terdekat. Pasukan kami yang terdiri daripada ahli farmasi, pakar pemakanan, dan dietitian sedia membantu dan memberikan sokongan.

Generate Cart URL
Whatsapp