Adakah Vaksin Influenza Perlindungan yang Selamat untuk Tahun 2025 Ini?
By Alpro Pharmacy
February 11, 2025
SHARE:
Adakah Vaksin Influenza Perlindungan yang Selamat untuk Tahun 2025 Ini ?!:
Isu persoalan mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin ini sudah tidak asing lagi, terutama di kalangan ibu bapa yang ingin memastikan anak-anak mereka mendapat perlindungan yang terbaik daripada Virus Influenza.
Manakala dikalangan Warga Emas yang mudah terdedah pada jangkitan juga masih ramai yang tidak cakna tentang kepentingan dan keberkesanan suntikan Vaksin dalam melindungi diri mereka . Sebenarnya,suntikan vaksin influenza adalah antara salah satu cara pencegahan yang paling berkesan untuk melindungi diri daripada jangkitan virus ini .
Status keselamatan Suntikan Vaksin Influenza
Rata-rata ramai masyarakat Malaysia masih takut untuk menerima Vaksin Influenza kerana tidak tahu tentang status keselamatannya . Sebenarnya suntikan adalah sangat selamat dan telah melalui pelbagai ujian klinikal yang ketat sebelum diluluskan untuk digunakan oleh orang ramai. Menurut “Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO)”, vaksin adalah salah satu vaksin yang paling banyak dikaji dan terbukti selamat. Kesan sampingan yang berlaku biasanya ringan dan sementara, seperti sakit di tempat suntikan, demam ringan, atau keletihan.
Pihak berkuasa kesihatan seperti “Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH)” juga menegaskan bahawa vaksin ini selamat dan penting untuk diberikan kepada individu yang berisiko tinggi, seperti kanak-kanak, warga emas, wanita hamil, dan individu dengan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, atau masalah imun.Individu begini lebih mudah untuk dapat komplikasi sekiranya terkena jangkitan Influenza.Oleh itu adalah sangat penting untuk mereka dapatkan perlindungan imunisasi dari Influenza virus.
Apakah Kesan Sampingan dan Keberkesanan Vaksin Influenza?
Seperti mana-mana vaksin, vaksin influenza boleh menyebabkan kesan sampingan, tetapi ia biasanya ringan dan bersifat sementara. Kesan sampingan yang paling biasa adalah
Sakit atau kemerahan di tempat suntikan
Demam ringan
Sakit otot atau badan
Sakit kepala
Rasa letih
Rasa mual
Ini adalah tanda bahawa sistem imun tubuh sedang bertindak balas terhadap vaksin untuk menghasilkan perlindungan. Hal ini adalah tindak balas yang normal dan tidak perlu khawatiri.
Menurut kajian yang dijalankan oleh “Centers for Disease Control and Prevention (CDC)”, vaksin influenza boleh mengurangkan risiko jangkitan influenza sehingga 60%, bergantung kepada kesesuaian vaksin dengan virus yang beredar pada musim tersebut. Walaupun tidak 100% berkesan ,pesakit yang sudah di-vaksin pastinya boleh dapat mengurangkan keparahan penyakit dan mencegah komplikasi serius seperti pneumonia. Selain itu perlindungan imunisasi juga boleh mengurangkan kadar kemasukan ke hospital.
Siapa Yang Perlu Dapatkan Vaksin Ini?
Kanak-kanak (berumur 6 bulan ke atas)
Warga emas & ibu mengandung
Individu dengan penyakit kronik (seperti diabetes, penyakit jantung)
Individu yang sering berjumpa orang ramai (guru, pekerja pejabat, petugas kesihatan)
Cara pemberian Dos Vaksin Influenza untuk Kanak-Kanak dan Dewasa
Suntikan vaksin influenza untuk kanak-kanak dan orang dewasa adalah berbeza berdasarkan usia:
1.Kanak-kanak berusia antara 6 bulan – 10 tahun: mereka memerlukan dua dos vaksin pada tahun pertama mereka mendapat vaksinasi. Waktu yang disarankan sekurang-kurangnya selang empat minggu antara 2 vaksin tersebut.
Bagi kanak-kanak yang pernah menerima vaksin influenza pada tahun-tahun sebelumnya, hanya satu (1) dos vaksin diperlukan setiap tahun.
Dewasa >10 tahun dan ke atas: hanya satu (1) dos vaksin setiap tahun
Penting untuk diingat bahawa vaksin ini perlu diambil setiap tahun kerana virus influenza sentiasa bermutasi dan vaksin yang digunakan pada tahun sebelumnya mungkin tidak berkesan terhadap jenis virus yang beredar pada tahun berikutnya.
Program Cuti Sekolah Februari 2025
Berita baik bagi anak-anak yang berumur bawah 12 tahun, anda boleh dapatkan sagu-hati pelekat “Flu Vaksin Hero” apabila menyertai program suntikan vaksin dengan Alpro pharmacy sempena Program Cuti Sekolah Februari 2025.
Suntikan vaksin influenza bukan sahaja selamat, tetapi juga sangat berkesan untuk melindungi diri daripada risiko jangkitan influenza yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil vaksin ini setiap tahun, terutamanya untuk individu yang berisiko tinggi. Sekiranya anda masih ragu-ragu atau ingin mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai vaksin influenza, kami di Alpro Pharmacy sedia membantu.
📍 Lawati cawangan terdekat atau hubungi kami untuk maklumat lanjut!
Jangan tunggu lagi, lindungi diri anda dan orang yang tersayang hari ini di Alpro Outlet!
Explore Free E-Pharmacy Services
Consult our healthcare professionals on Alpro E-Pharmacy if you have any health-related concerns. Alpro E-Pharmacy is specially designed to bring convenience to everyone including those who wish to get 𝗖𝗼𝗺𝗽𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗿𝘆 𝗣𝗵𝗮𝗿𝗺𝗮𝗰𝗶𝘀𝘁 𝗖𝗼𝗻𝘀𝘂𝗹𝘁𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 or 𝗦𝗮𝗺𝗲 𝗗𝗮𝘆 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗗𝗲𝗹𝗶𝘃𝗲𝗿𝘆 without stepping out from their comfortable home or even hotel. You can even send medications to your loved ones without hassle! Our pharmacists are always ready to assist.
If you need any further help, you are always welcome to use Alpro E-Pharmacy service on Whatsapp or call our hotline 019-7021923
Disclaimer: No content on this site, regardless of date, should ever be used as a substitute for direct medical advice from your qualified health professional.