health

Adakah kayu manis bagus untuk penyakit kencing manis?

By Alpro Pharmacy

May 20, 2021

Penyakit Kencing Manis

Adakah kayu manis bagus untuk penyakit kencing manis? Sebelum kita bincang tentang kayu manis, kita perlu tahu tentang kencing manis atau lebih dikenali sebagai diabetes. Penyakit kencing manis adalah keadaan di mana tubuh tidak dapat memproses makanan dengan sempurna menjadikan paras glukosa darah tinggi. Kebiasaanya, penyakit kencing manis dikawal dengan mengunakan ubatan dan insulin selepas perubahan diet dan gaya hidup.

Kencing Manis vs Kayu Manis

Kayu manis adalah rempah yang dihasilkan dari kulit dalaman pokok Cinnamomum. Ia digunakan dalam masakan dan juga perubatan.

Bolehkah ia mengantikan ubat diabetes saya? Ia dapat membantu menurunkan gula darah dengan meningkatkan kepekaan insulin, menjadikan insulin lebih cekap dalam memindahkan glukosa ke dalam sel. Dengan ini, paras glukosa dalam darah boleh dikawal. tetapi ini tidak bermaksud anda boleh mengantikan ubat ubat diabetes atau insulin dengan rempah ini.

Maddox, Pauline J. (2016) dan Arjuna B. Medagam. (2015) dalam kajian menunjukkan bahawa menggunakan maxima 2g cinnamon mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap glukosa darah.

Cara Pengambilan

Teh kayu manis – secawan sehari

Minyak kulit kayu manis – 1-2 titik sehari campur ke dalam makanan atau minuman

Supplement (makanan tambahan) – mengikut dos yang dicetak atas produk

Kayu manis dalam serbuk biasanya diambil dalam ½ –2 teaspoons sehari atau 1g – 6g sehari.

Selain tinggi dengan antioksidan, ia juga mempunyai sifat antimikroba, anti-bakteria dan anti-radang yang memberi manfaat kesihatan seperti mengurangkan risiko metabolic syndroome dan penyakit kardiovaskular. Walaupun, ia tinggi dengan faedah kesihatan, ia patut diambil dalam kuantiti yang berpatutan dan tidak sama sekali digunakan untuk mengantikan ubat kencing manis. Lebih banyak tidak bermaksud lebih baik. Jadi kita mestilah rasional dalam kuantiti yang diambil.

Untuk maklumat lanjut tentang pengurusan penyakit kencing manis, anda boleh melawat lawan web sug0365

Apakah sug0365?

sug0365 merupakan satu platform pengurusan penyakit kencing manis yang melibatkan profesional kesihatan seperti doktor, ahli farmasi, pakar pemakanan dan ahli nutrisi.

Generate Cart URL
Whatsapp