food

health

5 Pesediaan Penting Sebelum Balik Kampung

By Alpro Pharmacy

March 27, 2024

Malaysia adalah negara yang sangat harmoni walaupun terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa . Perkara ini amat sinonim dengan pelbagai perayaan dari pelbagai budaya dan agama. Musim perayaan kaum Muslimin, Hari Raya Aidilfitri  sudah pun menjelang tiba, sudah pasti ramai yang merancang dan tidak sabar untuk bercuti panjang.

 

Namun begitu masih ramai yang tidak betul-betul merancang dengan baik atau tahu perkara penting yang perlu dilakukan sebelum pulang  ke kampung  halaman . Kami di Alpro sangat menitikberatkan keselamatan dan kemudahan bersama . Oleh itu, kami kongsikan 5 Persediaan Penting Sebelum Balik Kampung  agar sama-sama kita dapat merancang perjalanan kita dengan selamat dan selesa.



1. Maklumkan pada jiran

Jiran adalah orang terdekat selain daripada keluarga yang boleh membantu kita sekiranya ada kecemasan di rumah. Sebelum pulang  ke kampung dan meninggalkan rumah untuk jangka masa yang lama, maklumkan pada jiran. Bantuan jiran untuk memerhati keadaan rumah ketika ketiadaan kita boleh mencegah perkara seperti kecurian, kebakaran dan sebagainya. Oleh itu perhubungan yang baik dengan jiran adalah sangat penting supaya boleh saling membantu di masa memerlukan.

2. Keselamatan rumah

 

Sebelum keluar rumah pastikan semua suis elektrik ditutup untuk mengelakkan pembaziran dan juga kebakaran. Selain itu paip air juga pastikan ditutup bagi mengelakkan pembaziran .Semua pintu dan tingkap perlu ditutup rapat supaya tidak mudah untuk orang tak dikenali memecah masuk rumah. Kunci pintu dan pagar sebelum meninggalkan rumah. Yang paling utama ialah elakkan meninggalkan haiwan peliharaan sendiri di rumah hal ini kerana keselamatan haiwan juga perlu dijaga.

3. Persediaan perubatan

Persediaan perubatan adalah sangat penting kerana terdapat kemungkinan untuk digunakan dalam perjalanan mahupun apabila di kampung nanti. Ubat ubatan seperti ubat sakit kepala, demam, dan sakit tekak adalah yang paling mustahak diperlukan terutama sekali di musim panas dan dalam pemanduan jauh ke kampung halaman. Selain itu plaster luka juga boleh digunakan sekiranya ada berlaku kecederaan kecil dalam perjalanan. Beg kertas untuk muntah dan pil tahan muntah juga antara persediaan untuk anak-anak jika mabuk perjalanan.

Sebagai langkah mudah anda boleh dapatkan kit pertolongan cemas dari farmasi untuk diletakkan dalam kenderaan.Bagi pesakit kronik yang perlukan makan pil jangka masa panjang , anda boleh dapatkan  kotak penyimpanan pil yang sudah disusun mengikut hari dan masa dari farmasi. Ini boleh membantu pembahagian dan pematuhan ubat ubatan .Hal ini kerana di waktu perayaan terdapat banyak jenis hidangan yang dapat kita nikmati. Oleh itu adalah lebih baik untuk kita pantau tahap bacaan gula dalam darah dan tekanan darah kita disamping patuh dengan cara pengambilan ubat yang ditetapkan oleh Doktor.

4. Persiapan kenderaan

Perjalanan ke kampung yang jauh akan mengunakan banyak masa dalam kenderaan. Pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Enjin kereta haruslah sudah di servis, penghawa dingin ,brek kereta dan tayar semua dalam keadaan baik. Bagi yang mengunakan kenderaan awam , rancang lah pembelian tiket sebelum terlambat dan habis.

5. Hiburan dalam perjalanan

Perjalanan yang panjang boleh jadi membosankan bagi anak-anak kecil. Sebagai ibu bapa, merancang perjalanan agar tidak terlalu penat dan membosankan boleh membuatkan anak anak lebih seronok pulang ke kampung. Contohnya  rancang tempat perhentian agar boleh melegakan badan dari duduk terlalu lama atau sediakan makanan ringan dan snek dalam sepanjang perjalanan.Hal ini juga boleh mengelakkan pemandu dari terlalu penat dan mengantuk. Mainan ringkas juga boleh dibawa untuk hiburan anak anak seperti mainan kad , alat permainan patung dan buku cerita.

Waktu cuti panjang pada musim perayaan ini, adalah sesuatu yang kita tunggu-tunggu dan boleh jadi amat menyeronokkan bagi semua. Dengan melakukan perancangan awal, kita boleh mengelakkan dari ditimpa musibah yang tidak diingini . Semoga perkongsian dari Alpro, sedikit sebanyak dapat mengingati dan membantu anda menguruskan persediaan sebelum pulang ke kampung bersama keluarga tercinta.  Kami ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua sidang pembaca dan semoga selamat pulang ke kampung halaman nanti.

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk menghubungi Alpro ePharmacy atau lawati Alpro Pharmacy terdekat. Pasukan kami yang terdiri daripada ahli farmasi, pakar pemakanan, dan dietitian sedia membantu dan memberikan sokongan.

Generate Cart URL
Whatsapp